Utusan Borneo (Sabah)

Tubuh organisasi bantu kanakkanak tidak berwargane­gara

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Anggota Kawasan Pertumbuha­n Timur ASEAN-Negara Brunei Darussalam Indonesia-Malaysia Filipina( BI M P- E AGA) disaran supaya menubuhkan sebuah Organisasi Antara Kerajaan bagi membantu menyelesai­kan permasalah­an dihadapi kanak-kanak tidak berwargane­gara di rantau ini.

Pensyarah Fakulti Psikologi dan Pendidikan Prof Dr Vincent Pang mencadangk­an penubuhan In t e r g o v e r n mental Organizati­on (Organisasi Antara Kerajaan) supaya dapat membantu kanak-kanak berkenaan memperoleh pendidikan yang sempurna.

Ia kerana, selama ini kanakkanak tidak berwargane­gara itu tidak mempunyai akses kepada pendidikan arus perdana sebaliknya, mereka hanya diberikan pendidikan alternatif yang disediakan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Oleh itu, dengan adanya organisasi di bawah BIMBEAGA, permasalah­an berkaitan pendidikan kepada kanak-kanak tidak berwargane­gara itu boleh ditangani.

“Harus diingat isu berkaitan golongan tidak berwargane­gara ini bukan hanya melibatkan pendidikan sebaliknya ia turut berpunca daripada pelbagai aspek termasuk imigresen dan pendaftara­n dokumentas­i,” katanya ketika ditemui pada Sidang Kemuncak Pendidikan Tinggi BIMB-EAGA 2017, di sini pada Rabu.

Vincent berkata beliau faham setiap jabatan kerajaan mempunyai bidang tugas tertentu namun, untuk menangani isu golongan tidak berwargane­gara itu, agensi kerajaan perlu bekerjasam­a. Ia kerana, ada antara mereka adalah orang tempatan yang tidak mempunyai dokumentas­i.

Berdasarka­n maklumat yang diperoleh, kebanyakan orang tempatan tidak berwargane­gara ini tinggal di kawasan pedalaman seperti Keningau. Ketiadaan akses untuk keluar bagi menguruska­n dokumentas­i menyebabka­n orang tempatan ini hidup sebagai orang tidak berwargane­gara.

Jika melihat kajian yang dilakukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) pada 2008 merekodkan Malaysia sebagai negara tumpuan pelarian yang kedua popular selepas Kenya.

“UN H C R menganggar­kan terdapat kira-kira 12 juta orang tidak berwargane­gara di seluruh dunia. Daripada jumlah itu, 125,375 berada di Malaysia termasuk 50,000 kanak-kanak.

“Di Sabah pula dianggarka­n seramai 30,000 orang tidak berwargane­gara berada di sini,” jelasnya.

Dalam aspek pendidikan, kini terdapat 369 pusat pendidikan alternatif (ALC) disediakan oleh pelbagai NGO termasuk Pertubuhan Bantuan Kanak-Kanak Humana Sabah (Humana Sabah), Majlis Keselamata­n Kebangsaan (MKK), Kerajaan Indonesia serta Bajau Laut.

Berdasarka­nrekodTabu­ng Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) pada 2015, hanya 10 peratus daripada kanakkanak tidak berwargane­gara mendapatka­n pendidikan di 12 ALC yang disediakan MKK.

Pada tahun yang sama, dilaporkan 180 berhenti belajar disebabkan beberapa faktor termasuk ibu bapa berpindah di negeri lain, serta ibu bapa menyuruh mereka bekerja dan membantu kerja di rumah.

Menyentuh peranan yang harus dimainkan kerajaan, Vincent berkata Kerajaan Malaysia seharusnya membuang stigma negatif dan ubah pemikiran rakyat berkenaan kanak-kanak tidak berwargane­gara itu.

Kerajaan mungkin boleh mewujudkan pasukan khas untuk memastikan tiada sesiapa pun boleh ketinggala­n dalam mendapatka­n pendidikan. Maka, langkah harus diambil bagi memastikan sistem pendidikan arus perdana di negara ini boleh diakses oleh semua pihak termasuk kanak-kanak tidak berwargane­gara.

 ??  ?? VINCENT
VINCENT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia