Utusan Borneo (Sabah)

Utamakan penduduk tempatan berniaga di kawasan pekan

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor Datuk Dr Jeffrey Kitingan meminta pihak berkuasa berkenaan di sini agar lebih mengutamak­an orang tempatan untuk berniaga di Pekan Keningau.

Beliau berkata, orang tempatan hendaklah diberikan tempat perniagaan yang lebih sesuai agar selesa menjalanka­n perniagaan harian mereka.

“Tapi malangnya, tempattemp­at yang sepatutnya diduduki oleh orang tempatan diberikan kepada oran gasing ,” katanya selepas melawat kawasan perniagaan di lorong Arshad Commercial Complex di sini pada Isnin.

Jeffrey telah menerima aduan daripada orang ramai berhubung perkara itu yang mendakwa terdapat orang asing berniaga di tempat itu.

Beliau meminta agar pihak yang berkenaan dapat menyiasat perkara itu agar orang tempatan juga diberikan peluang berniaga di situ.

“Apa yang penting, dalam soal hak, berikanlah keutamaan kepada penduduk tempatan mendapatka­n kawasan tapak yang lebih baik dan selesa untuk menjalanka­n perniagaan mereka,” katanya.

Beliau juga mencadangk­an agar barangan tradisiona­l dan kraftangan dijual di lorong itu sebagai memberi peluang pengusaha memasarkan produk mereka.

Pada masa yang sama, beliau meminta agar jabatan kerajaan berkenaan dapat melakukan pemeriksaa­n ke atas barang-barang yang dijual di lorong itu.

Beliau mendakwa terdapat barang-barang yang dijual adalah tiruan.

Terdahulu, Jeffrey yang juga presiden Star Sabah telah melawat dan menyampaik­an sumbangan kepada mangsa kebakaran, Shaffringo Anggong di Kampung Bingkor Lama.

Dalam satu kejadian barubaru ini, rumah papan mangsa musnah dalam kebakaran itu namun tidak ada kemalangan jiwa berlaku.

Turut mengiringi Jeffrey dalam kedua-dua lawatan itu ialah Ketua Star Bahagian Keningau Robert Tawik dan pemimpin lain parti itu.

 ??  ?? JEFFREY (dua kanan) menyampaik­an bantuan kepada Shaffringo. Turut kelihatan Robert (dua kiri) dan pemimpin-pemimpin Star Bingkor.
JEFFREY (dua kanan) menyampaik­an bantuan kepada Shaffringo. Turut kelihatan Robert (dua kiri) dan pemimpin-pemimpin Star Bingkor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia