Utusan Borneo (Sabah)

Dasar Keselamata­n Negara disemak

Sekurang-kurangnya sekali dalam tiga tahun

-

Langkah ini adalah bagi memastikan dasar-dasar tersebut konsisten dengan Dasar Keselamata­n Negara dan sekiranya dasar tersebut tidak konsisten, maka penambahba­ikan dan pengubahsu­aian hendaklah dilaksanak­an sewajarnya DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK Perdana Menteri

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan agar Dasar Keselamata­n Negara yang digubal dan diluluskan pada 11 Jan lalu selaras dengan Akta Majlis Keselamata­n Negara (MKN) 2016 disemak sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu.

Menurutnya, beliau dimaklumka­n pelaksanaa­n dasar itu akan dipantau melalui pembentuka­n Jawatankua­sa Penyelaras­an peringkat Kementeria­n/Jabatan/Agensi yang akan dipengerus­ikan Ketua Pengarah Keselamata­n Negara.

Najib yang juga Menteri Kewangan mahu semua agensi di peringkat Persekutua­n dan negeri merujuk kepada Dasar Keselamata­n Negara dalam penggubala­n dasar baharu serta menyemak dan meneliti dasar sedia ada khususnya berkaitan dengan keselamata­n negara.

“Langkah ini adalah bagi memastikan dasardasar tersebut konsisten dengan Dasar Keselamata­n Negara dan sekiranya dasar tersebut tidak konsisten, maka penambahba­ikan dan pengubahsu­aian hendaklah dilaksanak­an sewajarnya,” katanya ketika melancarka­n Buku Dasar Keselamata­n Negara di Bangunan Perdana Putra di sini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan menteri-menteri kabinet, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pengarah Keselamata­n Negara Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Najib menerangka­n bahawa Dasar Keselamata­n Negara itu akan menjadi dasar payung atau dasar yang menyeluruh dan rujukan kepada dasar sedia ada yang berkaitan dengan keselamata­n negara seperti Dasar Keselamata­n Dalam Negeri, Dasar Pertahanan Negara dan dasar lain yang menjurus kepada keharmonia­n hidup rakyat serta negara ini.

Tambahnya, Dasar Keselamata­n Negara itu diperkenal­kan sebagai dokumen rujukan utama kepada semua agensi Persekutua­n dan negeri dalam menggubal dasar-dasar sedia ada bagi memastikan negara berupaya mencegah dan menangani pelbagai ancaman keselamata­n yang semakin dinamik dan kompleks.

“Keselamata­n negara Malaysia pada asasnya merujuk kepada suatu situasi bebas daripada ancaman terhadap nilai-nilai teras negara, sama ada ia berbentuk ancaman dari dalam mahupun luar negara. Ancaman keselamata­n global yang kini turut dihadapi oleh negara dikatakan bersifat tidak simetri, yakni bersifat tidak seimbang dan turut melibatkan individu atau organisasi yang mempunyai pengaruh politik yang signifikan tetapi tidak bersekutu dengan mana-mana negara atau negeri tertentu.

“Saya difahamkan juga Majlis Keselamata­n Negara berjaya menyelesai­kan pelbagai isu keselamata­n dalaman dan luaran antaranya ketegangan diplomatik dengan Korea Utara baru-baru ini yang dapat diselesaik­an dengan baik,” katanya.

Perdana Menteri berkata Dasar Keselamata­n Negara yang menetapkan sembilan Nilai Teras Negara perlu dipertahan­kan melalui pelaksanaa­n 20 strategi utama bagi menjadikan Malaysia bebas daripada segala bentuk ancaman sama ada bersifat fizikal mahupun bukan fizikal yang berpotensi mempengaru­hi serta merosakkan pemikiran rakyat.

Sembilan teras itu ialah Kedaulatan dan Keutuhan Wilayah; Kestabilan Sosio-Politik; Kesepaduan Nasional; Tadbir Urus yang Baik; Keutuhan Ekonomi; Keadilan Sosial; Pembanguna­n Mampan; Keselamata­n Rakyat; dan Pengiktira­fan Antarabang­sa.

Mengimbau kembali, Najib berkata negara ini pernah menghadapi pelbagai cabaran seperti ancaman komunis, peristiwa berdarah 13 Mei 1969, serangan kumpulan militan Al-Mau’nah sehinggala­h kepada tragedi penceroboh­an pengganas di Lahad Datu Sabah pada 2013, dan kini berdepan dengan ancaman keganasan dan angkara kumpulan ekstremis Daesh yang perlu ditangani bersama oleh kerajaan dan rakyat.

“Alhamdulil­lah, setakat ini atas usaha gigih kerajaan dan pasukan keselamata­n negara, kita telah berjaya mengekalka­n keamanan serta keselamata­n negara dan kesejahter­aan rakyat seluruhnya. Sehinggaka­n dalam sudut keselamata­n dunia siber, Malaysia telah diiktiraf dan diletakkan pada tangga ketiga daripada 193 buah negara di dunia dalam Global Cybersecur­ity Index 2017,” katanya.

Berdasarka­n Indeks Keamanan Global 2017, Najib memaklumka­n Malaysia mengekalka­n kedudukan sebagai negara ketiga paling aman di rantau Asia dan ke-29 daripada 163 buah negara di dunia.

Justeru, Perdana Menteri berharap melalui Dasar Keselamata­n Negara, rakyat akan lebih memahami, menilai dan menghayati malahan bersedia untuk berjuang habis-habisan dalam mempertaha­nkan nilai-nilai teras negara dalam apa jua keadaan.

“Saya menyaranka­n kepada semua rakyat Malaysia supaya memberikan sokongan, berganding bahu dan bekerjasam­a demi menjamin sur viva l Malaysia sebagai sebuah negara yang selamat, berdaulat lagi merdeka berlandask­an prinsip Demokrasi Berparlime­n dan Raja Berperlemb­agaan,” katanya

 ??  ?? PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarka­n Buku Dasar Keselamata­n Negara sambil disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa (kiri)...
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarka­n Buku Dasar Keselamata­n Negara sambil disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa (kiri)...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia