Utusan Borneo (Sabah)

Microsoft bantu guru sediakan RPH abad ke-21

-

TAWAU: Microsoft Malaysia dengan kerjasama Pejabat Pendidikan dan Pusat Kegiatan Guru daerah Tawau telah menganjurk­an satu Bengkel Microsoft Educator Malaysia (21st CLD) khas untuk golongan pendidik di daerah ini.

Seramai 31 orang telah mengikuti bengkel berkenaan yang berlangsun­g di SM St Patrick.

Objektif bengkel adalah untuk memberi pendedahan kepada golongan pendidik tentang perisian dan peralatan yang berada dalam Microsoft yang boleh membantu guru dalam Pembelajar­an dan Pemudahcar­a (PDPC) dalam kelas.

Antara yang mereka pelajari ialah kaedah membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) menggunaka­n ‘sway’ dengan memasukkan elemen enam peringkat Taksanomi Bloom dan ciriciri pembelajar­an abad ke 21, membuat soalan kuiz dengan aplikasi ‘kahoot’, One Note dan beberapa elemen yang terdapat dalam Microsoft Educator.

Peserta juga diminta menjawab soalansoal­an dalam Microsoft Educator untuk mendapat pen gikhtirafa­n sijil dan‘ bad g e’ oleh pihak Microsoft. Apa yang menarik para peserta bengkel, RPH yang terpilih dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Microsoft akan dibentangk­an di konvensyen antarabang­sa di luar negara dengan tajaan penuh dari Microsoft.

Bengkel yang berlangsun­g selama dua hari itu telah disampaika­n oleh Dr Azma Abdul Ham i d yang merupakan konsultan Microsoft Malaysia dan dibantu oleh Pegawai Teknologi Pendidikan Daerah Tawau Jumiati Suparno.

Mengulas bengkel berkenaan, Azma berkata amat penting bagi guru memasukkan enam peringkat taksanomi bloom dalam membuat RPH agar pengajaran dan pembelajar­an berlangsun­g dengan terancang dan memberikan kesan kepada murid.

“Selitkan juga ciri-ciri pembelajar­an abad ke-21 yang berpusatka­n pelajar agar jawapan dan idea daripada pelajar dapat dikembangk­an,” katanya.

Dalam pada itu, Jumiati yang mengelolak­an bengkel itu, berharap ada antara peserta terpilih mewakili negara untuk membentang­kan RPH nya di Konvensyen Antarabang­sa Microsoft yang akan ditentukan tempatnya kemudian nanti. Tarikh tutup penyertaan bagi pemilihan RPH oleh Microsoft ialah pada 31 Julai 2017.

 ??  ?? JUMIATI (kiri) memberikan cendera kenangan kepada Azma (kanan).
JUMIATI (kiri) memberikan cendera kenangan kepada Azma (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia