Utusan Borneo (Sabah)

Pelaburan MARA lancar Dana Mutiara untuk komuniti KKLW termasuk peneroka

-

KUALA LUMPUR: Pelaburan MARA Berhad (PMB) kelmarin melancarka­n dana ekuiti Syariah PMB Dana Mutiara dengan unjuran langganan jualan sebanyak RM100 juta menjelang akhir tahun ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dana itu dilancarka­n semula khusus untuk warga komuniti kementeria­n itu atau KKLW, termasuk kalangan peneroka, bersempena sambutan ulang tahun ke-50 PMB.

Menurut Ismail Sabri, Dana Mutiara adalah ekuiti pertumbuha­n dan pendapatan berlandask­an Syariah yang turut menawarkan perlindung­an takaful keluarga berkelompo­k selain potongan caj jualan sebanyak 50 peratus sepanjang tempoh tawaran yang berakhir pada Disember ini.

“Pelabur yang layak boleh menikmati pelaburan permulaan serendah RM100 seunit dan kita menjangkak­an lebih sejuta komuniti KK L W- bekas pelajar MARA, kakitangan, koperasi dan peneroka akan terlibat dalam pembelian Dana Mutiara ini,” katanya pada sidang akhbar mengenai Majlis Sambutan 50 tahun PMB, sambutan Aidilfitri serta pelancaran dana itu di sini, kelmarin.

Padasidang media sama, Ketua Pegawai Eksekutif PMB Najmi Mohamed berkata dana tersebut menyasarka­n pulangan dividen antara 15 hingga 17 peratus setahun berbanding 9.4 peratus yang dicatatkan bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Menurutnya, Dana Mutiara itu turut menyasarka­n masing-masing 50 peratus unit dana itu dilanggan oleh sektor runcit dan sektor korporat.

“Setakat ini 80 peratus unit Dana Mutiara dilanggan oleh sektor runcit. Dana ini juga menyasarka­n pelaburan dalam sektor pembuatan sarung tangan, teknologi kewangan dan juga pembinaan,” katanya.

Sementara itu pada majlis berkenaan, PMB turut menerima pengiktira­fan daripada pihak The Malaysia Book of Records sebagai syarikat pengurusan saham amanah paling lama beroperasi di Malaysia untuk kategori perniagaan.

Pengiktira­fan itu disampaika­n kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan MARA Datuk Nazim Rahman oleh Penolong Pengurus Besar The Malaysia Book of Records, Mohamad Alex Edward.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia