Utusan Borneo (Sabah)

Bolasepak: SMK Labuan juara Bawah 15 Tahun

Kejohanan Liga Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutua­n Labuan 2017

-

LABUAN: SMK Labuan muncul juara Kejohanan Liga Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutua­n Labuan 2017 Bawah 15 Tahun.

Di perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Labuan, Kompleks Sukan Labuan, skuad SMK Labuan yang dikendalik­an ketua jurulatih Ramlae Abd Rashid menewaskan SMK Pantai 3-1.

Syahfiriez­iq Haiqal Noorsyahar­in muncul wira dengan dua jaringan pada minit ke-30 dan minit ke35 manakala satu gol lagi disumbangk­an Ehsan Yusop pada minit ke-18.

Gol tunggal SMK Pantai dijaringka­n Mohd Syahmi Idris seawal minit ke-5.

Tempat ketiga disandang SM Sains Labuan selepas menang tipis 1-0 mengatasi SMK Mutiara hasil jaringan Lefflianie Lidan pada minit ke-46.

Turut menyaksika­n perlawanan akhir itu ialah Ketua Unit Sukan Jabatan Pendidikan Negeri Labuan Ag Zain Ag Anak, Pengetua SMK Labuan Ismail Abdullah dan Pengetua SMK Pantai Sahar Misron.

Sementara itu, Ramlae merakamkan ucapan tahniah dan penghargaa­n kepada anak didiknya yang berjaya membuktika­n kehebatan SMK Labuan selaku pasukan terkuat dalam sukan bola sepak bawah 15 tahun di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Katanya, hasil komitmen seorang lagi jurulatih Ab d Hafiz Abdullah bersama pengurus Ariff Amir Muhamad, kejayaan menjuarai kejohanan itu seharusnya menjadi kebanggaan kepada warga SMK Labuan.

“Kami rakamkan penghargaa­n kepada Pengetua SMK Labuan Ismail Abdullah yang sentiasa memberikan komitmen termasuk turun padang menyaksika­n perlawanan akhir yang berjaya menaikkan semangat pemain muda untuk menjuarai kejohanan itu,” katanya.

Pasukan SMK Pantai pula dibimbing jurulatih Saifol Abdul bersama pembantu jurulatih Hassan Abadin serta pengurus Jeffreyson A/L Sunmogram.

Kami rakamkan penghargaa­n kepada Pengetua SMK Labuan Ismail Abdullah yang sentiasa memberikan komitmen termasuk turun padang menyaksika­n perlawanan akhir yang berjaya menaikkan semangat pemain muda untuk menjuarai kejohanan itu. RAMLAE ABD RASHID Ketua jurulatih SMK Labuan

 ??  ??
 ??  ?? ISMAIL (belakang, tiga kanan) dan Ramlae (kanan) meraikan kejayaan skuad SMK Labuan menjuarai Kejohanan Liga Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutua­n Labuan 2017 Bawah 15 Tahun.
ISMAIL (belakang, tiga kanan) dan Ramlae (kanan) meraikan kejayaan skuad SMK Labuan menjuarai Kejohanan Liga Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutua­n Labuan 2017 Bawah 15 Tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia