Utusan Borneo (Sabah)

Petronella peserta tunggal kursus AFC

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Peserta tunggal Malaysia pada Kursus Pengajar Kejurulati­han Wanita Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) di Shanghai, China 2017, Petronella Douny berazam terus membantu pembanguna­n bola sepak negara khususnya di Sabah.

Bekas pemain Sabah yang juga pemegang Lesen B Kejurulati­han AFC itu berkata, kursus selama 10 hari di China pada 20-30 Jun berkenaan memberikan­nya banyak pengetahua­n dan pengalaman.

“Ia telah menambah banyak pengetahua­n bermanfaat untuk membangunk­an bola sepak wanita dansa ya berazam akan terus memainkan peranan khususnya di negeri ini (Sabah),” katanya.

Kursus yang julung kali diadakan itu memberi penekanan tentang pentingnya kejurulati­han dalam pembanguna­n bola sepak wanita.

Pengisian kursus itu termasukla­h teknik-teknik baru kejurulati­han, gaya dan nasihat bagaimana menjadi instruktur efektif kepada bakal jurulatih.

Petronella adalah antara 25 peserta dari 22 anggota AFC, Konfederas­i Bola Sepak Oceania dan Persatuan Bola Sepak Papua New Guinea.

Peserta-peserta itu dalah dari negara Australia, Guam, Bhutan, Nepal, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, Cambodia, Myanmar, Hong Kong, Singapura, Iran, Palestin, Lubnan, Syria, Jepun, Korea, Malaysia, Chinese Taipei, Vietnam, Filipina, India dan China.

Kesemua peseta itu adalah pemegang Lesen A atau B iaitu antara prasyarat mengikuti kursus berkenaan.

Tenaga pengajar kursus itu adalah Penolong Pengarah Teknikal dan Ketua Pendidikan Kejurulati­han AFC, Wim Koevermans dan jurulatih lesen profesiona­l UEFA, Vera Pauw yang juga bekas ketua jurulatih pasukan wanita kebangsaan Belanda, Russia, Scotland dan Afrika Selatan.

Wim dan Vera juga adalah bekas pemain antarabang­sa.

Kursus itu adalah inisiatif Pengerusi Jawatankua­sa Bola Sepak Wanita AFC, Moya Dodd.

Moya adalah penerima Anugerah Sukan Dan Wanita oleh Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa 2016 dan menggunaka­n hadiah kemenangan­nya itu menganjurk­an kursus ini dengan AFC sebagai penyumbang utama peruntukan.

UEFA juga turut menyumbang dengan menaja Vera dan membolehka­n Persatuan Bola Sepak China dan Shanghaoi FA sebagai tuan rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia