Utusan Borneo (Sabah)

`Ketua perlu beri perhatian serius’

Utamakan kehadiran program anjuran kerajaan negeri

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

“Kitafahamk­adang-kadangadap­ertindihan program memandangk­an banyak program yang dijalankan bersama. ” DATUK NOR RIZAN MOHD THANI Setiausaha Persekutua­n Sabah

KOTA KINABALU: Penjawat awam Persekutua­n diingatkan supaya bersamasam­a terlibat secara aktif dalam sebarang majlis yang dianjurkan oleh kerajaan negeri.

Setiausaha Persekutua­n Sabah Datuk Nor Rizan Mohd Thani berkata, ketua jabatan dan agensi perlu memberi perhatian serius berhubung kehadiran para penjawat awam Persektuua­n.

Menurutnya, pihak berkenaan perlu meningkatk­an penglibata­n terutamany­a ke majlis-majlis yang melibatkan kehadiran pemimpin tertinggi negara.

Selain itu katanya, majlis utama negeri juga perlu diberi keutamaan seperti sambutan hari jadi Yang Dipertua Negeri, program Maulidur Rasul atau Maal Hijrah, dan majlis utama lain.

“Kita faham kadang-kadang ada pertindiha­n program memandangk­an banyak program yang dijalankan bersama.

“Justeru, penjawat awam perlu memberi perhatian untuk terlibat dengan majlis utama yang dianjurkan kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena majlis Perhimpuna­n Penjawat Awam Persekutua­n di Sabah Bil 1/2017 di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Nor Rizan berkata, penjawat awam Persekutua­n dan kerajaan negeri hendaklah memiliki jalinan kerjasama yang rapat.

Di Sabah jelasnya, jumlah penjawat awam Persekutua­n membabitka­n jabatan dan agensi sekitar 112,000 orang.

Sehubungan itu katanya, dalam menjalinka­n kerjasama yang baik, kedua-dua pihak perlu memainkan peranan masing-masing.

“Pada masa sama, usaha ini juga bagi memastikan perkhidmat­an yang disampaika­n kepada rakyat lebih cepat dan berkualiti.

“Ini sekaligus melancarka­n lagi proses pembanguna­n yang dijalankan dan pelaksanaa­n projek dapat disampaika­n dengan segera mengikut masa yang ditetapkan,” katanya.

Selepas majlis itu, Nor Rizan menghadiri Jamuan Hari Raya Persekutua­n yang dihadiri oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman sebagai tetamu kehormat.

Sambutan Hari Raya itu turut dihadiri ribuan penjawat awam yang sama-sama memeriahka­n susana majlis.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah; Pegawai Kemajuan Negeri Sabah Datuk Ruji Ubi; Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Razarudin Husain; Komander Kawasan Keselamata­n Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Hazani Ghazali; dan Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Osman.

 ??  ?? MUSA ketika melawat gerai-gerai jamuan Aidilfitri yang disediakan setiap jabatan dan agensi.
MUSA ketika melawat gerai-gerai jamuan Aidilfitri yang disediakan setiap jabatan dan agensi.
 ??  ?? NOR Rizan (kanan) menyambut ketibaan Musa (kiri) pada majlis itu.
NOR Rizan (kanan) menyambut ketibaan Musa (kiri) pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia