Utusan Borneo (Sabah)

Orang muda perlu motivasi untuk bawa anjakan perubahan: Masiung

- Oleh JOHAN AZIZ

TONGOD: Dalam usaha membangunk­an masyarakat, terdapat pelbagai halangan dideritai oleh masyarakat terutama di kawasan luar bandar.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Masiung Banah berkata, sebab itu beliau memberi peluang kepada belia untuk merasai dan mendalami sendiri keperitan kehidupan rakyat.

“Dengan ini, ia dapat memotivasi­kan diri orang muda,” katanya berucap merasmikan program kemasyarak­atan membaik pulih bangunan asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Lingkabung, baru-baru ini.

Program ini adalah anjuran Persatuan Belia Gabungan Wawasan dengan kerjasama Kementeria­n Belia dan Sukan daerah Tongod.

Masiung berkata, sifat mementingk­an diri semakin berleluasa dan sifat seperti ini tidak seharusnya wujud dalam masyarakat di luar bandar.

Beliau telah mengeluark­an peruntukan untuk Belia Gabungan Wawasan daerah ini supaya mereka dapat merasai kembali budaya gotong royong.

“Budaya orang kita adalah sering berkerjasa­ma dan bergotong royong agar kerja yang berat menjadi ringan.

“Kita kini dalam proses untuk memperkasa­kan impian kita supaya belia-belia di negeri ini khususnya Tongod mempersiap­kan diri menjadi tunas baharu atau bakal pelapis pemimpin akan datang.

“Kita tidak ingin ada pemimpin selepas ini yang tidak tahu erti penderitaa­n, isihati dan kehidupan yang dilalui oleh rakyat,” katanya.

Beliau berkata, program kemasyarak­atan berkenaan adalah yang pertama kali dianjurkan oleh persatuan belia di daerah ini dan belum ada mana-mana persatuan belia yang terdapat di negeri ini mampu menyiapkan kerjakerja membaikpul­ih serta mengecat sebuah bangunan asrama dalam tempoh dua hari sahaja.

Katanya, daerah ini telah dikurniaka­n belia yang cekal dan bekerjasam­a dalam setiap arahan daripada ketua mereka.

Bangunan asrama ini dihuni oleh sebelas pelajar yang berasal dari empat keluarga Kampung Lanung Tongod.

Pada program itu, Masiung turut menyampaik­an sumbangan berupa peralatan dapur, tilam dan kelengkapa­n rumah yang lain.

Hadir sama pada majlis itu Pegawai Belia dan Sukan daerah Patrick Suhaimi, Yang Dipertua Persatuan Belia Gabungan Wawasan Daerah Elvinson Henly Jumali, pemimpin masyarakat dan ibubapa.

Masiungyan­gjugaAhliD­ewan Undangan Negeri (Adun) Kuamut turut menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri di enam buah kampung termasuk Pejabat Ibu Tunggal Nurqaseh Kinabatang­an melalui program Jelajah Aidilfitri Zon Bukit Garamanjur­anBiroAgam­aUpko Parlimen Kinabatang­an.

Destinasi terakhir program itu yang turut dihadiri oleh Masiung ialah di Tawoi Maratu, di mana sumbangan berupa wang tunai diserahkan kepada masjid-masjid dan surau.

 ??  ?? MASIUNG (lima kiri, atas bangunan) bergambar bersama-sama dengan ahli-ahli Persatuan Belia Gabungan Wawasan selepas menyiapkan kerja-kerja baikpulih bangunan itu.
MASIUNG (lima kiri, atas bangunan) bergambar bersama-sama dengan ahli-ahli Persatuan Belia Gabungan Wawasan selepas menyiapkan kerja-kerja baikpulih bangunan itu.
 ??  ?? MASIUNG menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima pada majlis Hari Raya Zon Bukit Garam Kinabatang­an.
MASIUNG menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima pada majlis Hari Raya Zon Bukit Garam Kinabatang­an.
 ??  ?? MASIUNG menyerahka­n sumbangan kepada wakil dari asrama itu. Turut kelihatan Patrick (dua kiri) dan Elvinson (kiri).
MASIUNG menyerahka­n sumbangan kepada wakil dari asrama itu. Turut kelihatan Patrick (dua kiri) dan Elvinson (kiri).
 ??  ?? MASIUNG (tengah) bergambar bersama-sama dengan umat Islam dan tetamu lain ketika menghadiri majlis Hari Raya Zon Bukit Garam Kinabatang­an.
MASIUNG (tengah) bergambar bersama-sama dengan umat Islam dan tetamu lain ketika menghadiri majlis Hari Raya Zon Bukit Garam Kinabatang­an.
 ??  ?? MASIUNG turut serta dalam kerja-kerja mengecat asrama SK Lingkabung Tongod.
MASIUNG turut serta dalam kerja-kerja mengecat asrama SK Lingkabung Tongod.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia