Utusan Borneo (Sabah)

PAS Sabah desak batal kontrak dengan syarikat elektrik

-

SANDAKAN: PAS Sabah menggesa pihak kerajaan agar menghentik­an serta-merta perkhidmat­an sebuah syarikat yang mengurus bekalan elektrik secara kontrak kepada tiga kampung di daerah ini.

Ini ekoran kegagalan pihak berkenaan memberikan perkhidmat­an bekalan elektrik kepada tiga kampung berkenaan, iaitu Kampung (Kg) Bakau, Sundang dan Forest yang melibatkan kira-kira 10,000 penduduk.

Penduduk kampung terbabit terpaksa bergelap sejak kira-kira seminggu yang lalu dan kini sudah masuk minggu kedua.

“Kita minta pihak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat ini kerana gagal melaksana tanggungja­wab mereka dengan sebaiknya,” tegas Sahar Abdul Majid, Timbalan Pesuruhjay­a 3 PAS Sabah selepas menziarahi penduduk kampung terjejas kerana terputus bekalan elektrik baru-baru ini.

Difahamkan, pengguna sudah melangsaik­an semua bil elektrik kepada Syarikat Pentagon tetapi pihak syarikat tidak membayar bayaran yang sepatutnya kepada Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB), menyebabka­n bekalan elektrik dipotong.

Katanya, insiden seperti ini amat memeritkan rakyat kerana mereka yang terbabit bukan sahaja terpaksa berpanas dan bergelap bahkan banyak aktiviti harian penduduk juga terjejas kerananya.

“Bukan itu sahaja, Syarikat Petagon juga dilihat gagal menguruska­n sistem pendawaian yang selamat apabila pendawaian dibuat dengan kaedah yang berbahaya yang boleh mengakibat­kan litar pintas dan kebakaran berlaku,” katanya.

 ??  ?? SAHAR (dua, kanan) ketika menziarahi penduduk kampung yang terjejas akibat masalah bekalan elektrik.
SAHAR (dua, kanan) ketika menziarahi penduduk kampung yang terjejas akibat masalah bekalan elektrik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia