Utusan Borneo (Sabah)

Operasi SAR seorang lagi anggota PGA diteruskan

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang masih hilang selepas keluar memancing di Laut Tundun B oh angin K ina batangan masih diteruskan.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan Mohd Razali Awang Ahmad berkata mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Koperal Muhd Hanip @ Musley.

“Rakan mangsa, Koperal Walter Dennis telah ditemukan mati lemas,” katanya.

Beliau yang juga Komander SAR JBPM Tundun Bohangin berkata seorang lagi penduduk kampung yang bersama dua anggota PGA itu, Lawig Elan ditemukan selamat.

“Dalam kejadian kirakira jam 5.01 petang Jumaat, bilik kawalan telah menerima maklumat mengenai sebuah bot karam dinaiki oleh tiga mangsa telah terbalik di kawasan laut berkenaan semasa keluar memancing,” katanya.

Razali berkata operasi mencari seorang lagi anggota PGA itu masih diteruskan.

“Pihaknya kini sedang bergerak ke lokasi perahu karam bagi mengambil latling perahu terbabit,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata anggota SAR telah bertolak dari jeti Maritim Malaysia kira-kira jam 7.51 pagi Sabtu.

“Pihak kita terpaksa menempuh perjalanan tiga jam untuk sampai ke Tundun Bohangin,” katanya.

Razali berkata mayat mangsa yang dijumpai dihantar ke Jeti Maritim Malaysia sebelum dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat.

 ??  ?? MAYAT mangsa yang ditemukan diusung ketika tiba di Jeti Maritim.
MAYAT mangsa yang ditemukan diusung ketika tiba di Jeti Maritim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia