Utusan Borneo (Sabah)

DUA AGENSI K’JAAN DIPANTAU

Dipercayai terbabit kegiatan rasuah oleh SPRM

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Dua agensi kerajaan kini dipantau Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan rasuah.

Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Salbi berkata pihaknya kini sudah bersiap untuk menjalanka­n serbuan terhadap dua agensi terbabit pada bulan depan.

“Penyiasata­n ini membabitka­n dua agensi kerajaan utama dan kita sudah mempunyai bukti yang cukup untuk tindakan sewajarnya bagi mereka.

“Hasil pemantauan turut mendapati pihak yang terbabit rasuah adalah dalam kalangan pegawai kanan dan pegawai atasan jabatan itu sendiri,” katanya.

Tambahnya pemantauan serta siasatan rapi akan terus dijalankan bagi mengenalpa­sti kesemua pihak yang terbabit dalam kegiatan ini.

Sementara itu dalam perkembang­an berasingan Sazali berkata siasatan terperinci juga sedang dijalankan bagi mengenalpa­sti sama ada terdapat kes salah guna kuasa dalam industri pelanconga­n tempatan.

Beliau berkata demikian berkenaan demonstras­i yang diadakan Persatuan Pemandu Pelancong Sabah (STGA) dan Persatuan Pemandu Pelancong Bumiputera (PBB) di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) pada 15 Julai.

“Kita sedang mengumpul semua maklumat berkaitan bagi mengetahui sama ada wujudnya sebarang salah laku daripada agensi pelanconga­n itu sendiri ataupun dari agensi swasta berkaitan kes ini.

“Jika SPRM mengesan sebarang perbuatan salah laku atau membabitka­n rasuah, kita tidak akan teragak-agak untuk melakukan penangkapa­n terhadap pesalah berkenaan,” katanya.

Perhimpuna­n yang dijalankan bagi menyekat operasi pemandu pelanconga­n yang didakwa haram kira-kira jam 12.30 malam Sabtu menyebabka­n sekumpulan pelancong China terpaksa menunggu sehingga jam 2.30 pagi sebelum dapat bergerak ke penginapan mereka di ibu negeri.

Pengarah Pejabat Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan (Motac) Sabah Ag Ahmad Zaki Abu Bakar berkata syarikat pelanconga­n yang dikatakan menjalanka­n operasi haram terbabit adalah menjalanka­n perniagaan secara sah mengikut Akta Industri Pelanconga­n 1992.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia