Utusan Borneo (Sabah)

Peratusan hutan kekal untuk pemulihara­an akan meningkat

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Kira-kira 50 peratus daripada hutan kekal di negeri ini adalah untuk tujuan pemulihara­an dan peratusan itu akan meningkat dari semasa ke semasa.

Ketua Program Pengurusan Hutan Asli, Jabatan Perhutanan Sabah Dr. Robert Ong berkata, peranan jabatan itu sebelum ini lebih kepada pembalakan, bagaimanap­un kini menumpukan kepada pemulihara­an hutan.

Berikutan itu katanya hasil daripada pembalakan telah berkurang jika dibandingk­an sebelum ini.

“Walaupun begitu, hutan adalah khazanah asli yang penting dan masih menyumbang seperti memberi air dan udara yang bersih, mengelak hakisan tanah, menjadi habitat bagi hidupan liar, memberi peluang rekreasi dan banyak lagi.

“Dan semua ini diperolehi secara percuma. Walaupun percuma namun bukan makna ia tiada nilai. Sebab itu saya rasa mesej ini perlu disampaika­n kepada semua golongan masyarakat,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Kursus Pendidikan Alam Sekitar Untuk Pengetua Sekolah Pantai Timur (EERace 18) di Pusat Penemuan Hutan Hujan (RDC) di sini, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Dr. Robert berkata pihaknya komited untuk melaksanak­an pelbagai inisiatif ke arah pemulihara­an hutan.

Melalui RDC, pihaknya akan mewujudkan lebih banyak kemudahan bagi tujuan pendidikan alam sekitar dari semasa ke semasa.

“Dalam masa terdekat, kita akan memulakan kerja-kerja membangunk­an Canopy Walk di bahagian depan tempat letak kereta. Laluan itu dibina dalam panjang 200 ke 250 meter,” jelasnya.

Seramai 36 pengetua dari kawasan Pantai Timur termasuk Sandakan, Telupid dan Tongod, N a bawa n, Belu ran, Lahad Dat u, Kunak, Semporna, Tawau dan Pitas telah mengikuti EERace 18 yang berlangsun­g dari 17 hingga 22 Julai.

Objektif EERace 18 adalah untuk mendedahka­n pengetua sekolah kepada tempattemp­at serta agensi-agensi yang boleh membantu mereka meningkatk­an pengetahua­n serta kemahiran berkaitan alam sekitar; menggalakk­an pengetua untuk memberi penekanan kepada program pendidikan alam sekitar di sekolah mahupun luar sekolah dan seterusnya mengaplika­sikan pembelajar­an dalam bilik darjah; serta membantu pengetua merancang program pendidikan alam sekitar (EE Action Plan) yang berterusan untuk sekolah mereka.

 ??  ?? DR. Robert (kanan) menyampaik­an hadiah kepada kumpulan terbaik bagi EERace 18.
DR. Robert (kanan) menyampaik­an hadiah kepada kumpulan terbaik bagi EERace 18.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia