Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an memancing tarik ramai peminat pancing

- Oleh YUSOP TEPPO

BELURAN: Pertanding­an Memancing Terbuka anjuran Komuniti Kampung (Kg) Kolapis berjaya meletakkan kampung itu sebagai destinasi tarikan peminat-peminat pemancing negeri ini.

Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata sejak dianjurkan lapan tahun lepas, aktiviti itu telah berjaya menarik ramai peminat pancing dari luar daerah ini.

Katanya Pejabat Parlimen Beluran menyokong aktiviti sihat seperti ini yang selaras dengan hasrat kerajaan wujudkan Negaraku@ Komuniti.

“Kesepakata­n penduduk setempat untuk bekerjasam­a sebagai satu pasukan menganjurk­an pertanding­an ini bukan saja untuk perpaduan tetapi berjaya menonjolka­n aktiviti kampung kepada masyarakat luar,” katanya ketika merasmikan pertanding­an memancing itu di Kg Kolapis, di sini pada Sabtu.

Pertanding­an itu adalah tajaan Pejabat Parlimen Beluran sejak lapan tahun lepas.

Dalam pada itu, beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat mahu masyarakat luar bandar terus kekal memberi sokongan yang padu kepada kerajaan.

Katanya rakyat bertuah kerana negara ini dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang sentiasa mengolah dasar yang terbaik untuk kesejahter­aan rakyat.

Bukan saja aspek pembanguna­n ditumpukan tetapi sosial dan kesejahter­aan rakyat juga diberi keutamaan, katanya.

Turut hadir, Ketua Pemuda Umno Beluran Samad Jambri dan Pegawai Penerangan Daerah Beluran Jiwa Armarun.

 ??  ?? RONALD (berdiri, tiga kiri) merakam gambar bersama pemenang pertanding­an memancing di Kg Kolapis.
RONALD (berdiri, tiga kiri) merakam gambar bersama pemenang pertanding­an memancing di Kg Kolapis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia