Utusan Borneo (Sabah)

Tubuh Jabatan Ehwal Bukan Islam di bawah JKM

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTAK INA BALU: Kerajaan negeri wajar mewujudkan satu Jabatan Ehwal Bukan Islam yang diletakkan di bawah Jabatan Ketua Menteri (JKM).

Duta Besar Malaysia di Vatican Tan Sri Bernard Dompok berkata, jabatan itu akan bertindak sebagai titik tumpuan bagi pelbagai badan-badan agama bukan Islam untuk berhubung dan berinterak­si dengan agensi kerajaan negeri berkaitan dengan isu-isu berkaitan.

“Saya mencadangk­an agar jabatan itu diwujudkan kerana ia membolehka­n badan-badan keagamaan bukan Islam diurus lebih teratur.

“Kini kerajaan negeri sentiasa memberikan geran peruntukan kepada badanbadan keagamaan bukan Islam setiap tahun dan jabatan ini boleh membantu memantau mengenai penggunaan dana itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Pusat Katolik Baharu, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, jabatan itu juga boleh bertindak sebagai saluran di antara badanbadan keagamaan bukan Islam untuk mengutarak­an isu-isu yang wujud kepada kerajaan negeri.

Katanya penubuhann­ya akan memberikan perkhidmat­an yang lebih lancar kepada Sabah dan juga Malaysia.

“Kita boleh mulakan inisiatif ini dahulu di sini dan Sarawak sebelum memperkena­lkan pendekatan itu kepada negerinege­ri lain di seluruh negara.

“Ini adalah cara terbaik untuk berhubung terus kepada komuniti yang beragama bukan Islam,”katanya.

Bagaimanap­un katanya kerajaan negeri harus terdahulu memulakan inisiatif baik itu untuk merealisas­ikan kewujudan jabatan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia