Utusan Borneo (Sabah)

Bangunan baharu bakal ubah wajah PPK Tenom

- Oleh HENRY BATING

TENOM: Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tenom bakal berwajah baharu tidak lama lagi apabila bangunan pejabat satu tingkat siap penghujung tahun ini.

Pengerusi PPK Tenom OKK David Jani berkata proses pembinaan bangunan itu bergerak mengikut jadual meskipun permulaan kerja pembinaan agak tergendala disebabkan masalah teknikal.

“Berdasarka­n prestasi pelaksanaa­n pembinaan sekarang, kita yakin pengurusan PP K T e n o makan beroperasi sepenuhnya di bangunan baharu ini pada tahun hadapan,” katanya kepada Utusan Borneo selepas mengiringi Presiden Kehormat PPK Tenom Datuk Raime Unggi meninjau pembinaan bangunan itu pada Jumaat.

Davidmenam­bahpihakny­a bersama jemaah pengarah dan pengurusan akan terus berusaha bergerak ke hadapan membantu kerajaan meningkatk­an ekonomi masyarakat peladang dengan menjadikan pertanian sebagai perniagaan di samping mengangkat mereka menjadi usahawan.

David juga berharap PPK Tenom dapat membantu kerajaan merealisas­ikan dasar dengan mengambil peranan sebagai penggerak dan penyelaras program yang dilaksanak­an pelbagai agensi khususnya di bawah Kementeria­n Pertanian dan Asas Tani.

Hadir sama dalam tinjauan itu ialah pengurus besar Abdul Hassan Jumput, ketua pegawai perhubunga­n parlimen Ampalang Payu dan barisan ahli jemaah pengarah terdiri daripada Razali Hj Zamri, Jatil Junggok @ Jack, Jeffery Ho Abdullah, Benedick Kupak @ Ruzaini, Kassim Othman, Saran Epui @ Johcelen, Norhazrila­h Latif, Jamiah Wahap, Laivenston Laijih dan Hailly Jamihiu.

 ??  ?? RAIME dan David (tengah) bersama ahli jemaah pengarah di hadapan pembinaan bangunan PPK Tenom.
RAIME dan David (tengah) bersama ahli jemaah pengarah di hadapan pembinaan bangunan PPK Tenom.
 ??  ?? RAIME ditemurama­h kru siaran elektronik di kawasan pembinaan bangunan PPK Tenom.
RAIME ditemurama­h kru siaran elektronik di kawasan pembinaan bangunan PPK Tenom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia