Utusan Borneo (Sabah)

PPDKK beri 52 anugerah kepada pihak terlibat pacu kecemerlan­gan murid

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu (PPDKK) memberikan 52 anugerah kepada pihak pengurusan sekolah, agensi luar dan pihak swasta yang terlibat dalam memacu kejayaan serta kecemerlan­gan murid-murid sekolah di daerah ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Maimunah Suhaibul berkata anugerah berkenaan adalah sebagai satu pengiktira­fan dan penghargaa­n kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan aktiviti sukan serta kokurikulu­m yang berhubung kait dengan Hal Ehwal Murid (HEM) di sekolah-sekolah sekitar Kota Kinabalu.

“Sememangny­a majlis ini adalah sebagai tanda pengiktira­fan dan penghargaa­n yang sangat besar terhadap sumbangan dan komitmen pengurusan sekolah, agensi luar mahupun pihak swasta dalam memacu kejayaan dan kecemerlan­gan muridmurid sekolah di daerah Kota Kinabalu.

“Di samping itu, ia juga bertujuan memberi penghargaa­n kepada Lembaga Pengurusan Sekolah, pentadbira­n sekolah, guruguru dan agensi kerajaan serta pihak swasta lain, yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan aktiviti sukan dan ko kurikulum yang berhubung kait dengan Hal Ehwal Murid di sekolah-sekolah daerah Kota Kinabalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Sukan, Ko Kurikulum dan Hal Ehwal Murid serta Perasmian Penutupan Nyanyian Solo Sekolah Rendah Peringkat Daerah Kota Kinabalu, di sini pada Sabtu.

Teks ucapannya dibacakan oleh Ketua Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n JPNS Ir. Datu Jamigul Datu Salin.

JPNS berharap melalui Majlis Anugerah Penghargaa­n dan Kecemerlan­gan itu warga pendidik dan murid-murid dapat mengambil iktibar untuk memajukan diri yang berdaya saing kelak.

“Saya berharap kepada komuniti sekolah, pendidik dan murid-murid yang lain akan turut bersemanga­t serta beriltizam untuk mengenal potensi diri seterusnya berusaha menyerlahk­an bakat terpendam yang ada dalam diri mereka pada masa akan datang.

“Dalam masa yang sama dapat mengharumk­an nama sekolah dengan penglibata­n dalam aktiviti-aktiviti luar bilik darjah yang positif dan berfaedah,” katanya.

Sementara itu, Anugerah Khas PPDKK Media Cetak dan Elektronik diberikan kepada The Borneo Post dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sabah.

Bagi Anugerah Khas PP D K K Agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan dimenangi oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kota Kinabalu, Ibu Pejabat Bank Simpanan Nasional (BSN) serta Bank Rakyat Cawangan Likas.

Empat anugerah utama iaitu Anugerah Khas PPDKK Kategori Sukan, Ko Kurikulum, HEM dan Pemimpin Terbilang masingmasi­ng dimenangi oleh Maktab Sabah, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) St. James Likas, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanzac serta Guru Besar SJKC Chung Hwa Kota Kinabalu Datuk Eng Thiam Leong.

Turut Hadir Pegawai PPD Kota Kinabalu Umin Sadi.

 ??  ?? JAMIGUL (lima kiri) merakamkan gambar kenangan bersama empat penerim anugerah utama pada majlis berkenaan.
JAMIGUL (lima kiri) merakamkan gambar kenangan bersama empat penerim anugerah utama pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia