Utusan Borneo (Sabah)

Sabah boleh menang lebih banyak kerusi dalam PRU14

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

PUTATAN: Anggota Umno Bahagian Putatan diingatkan supaya bekerja lebih keras dan tidak bersandark­an kepada kemenangan yang lepas jika ingin memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Walaupun berkeyakin­an penuh untuk mengulangi prestasi kemenangan terdahulu namun, ianya tidak mungkin dapat direalisas­ikan tanpa kerja keras, kata Timbalan Ketua Menteri merangkap Ketua Bahagian Umno Putatan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin.

“Kita tidak boleh alpha dan lalai dengan prestasi yang lepas. Kita percaya kemenangan akan datang jika kita komited dan terus bekerja kuat.

“Kita perlu bekerja keras untuk menemui rakyat dan menyelesai­kan permasalah­an rakyat. Saya yakin jika kita konsisten, kita mungkin akan bertambah kuat.

“Sabah juga mungkin akan menang lebih (banyak kerusi) berbanding PRU sebelum ini,” katanya ketika ditanya mengenai persiapan Umno Bahagian Putatan menghadapi PRU14 selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Putatan, di sini pada Sabtu.

Mesyuarat perwakilan itu dihadiri seramai 462 orang anggota Umno Bahagian Putatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Petagas ini berkata mereka akan berusaha memperkuku­hkan lagi sokongan rakyat terhadap Umno dan beliau yakin kerusi DUN di kawasan Putatan akan terus menjadi milik Barisan Nasional (BN).

Atas sebab itu, usaha akan dilakukan bagi memantapka­n lagi JR plus di daerah ini. JR plus bukan hanya melibatkan Wanita Umno tetapi juga Pemuda, Puteri, pergerakan parti BN lain serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

“Kita libatkan mereka yang tidak ada parti ini kerana mereka ini individu yang berpengaru­h. Penglibata­n mereka akan menyumbang undi kepada kita dan ia akan menguatkan parti,” jelasnya.

Mengenai calon Parlimen Putatan, Yahya berkata semua pihak sama ada Umno, Upko dan PBS mahukan kerusi parlimen ini namun, ia terpulang kepada pucuk pimpinan BN untuk menentukan siapa yang akan ditempatka­n di sini pada PRU14.

“Kita hanya perlu bekerja dan memastikan BN kuat untuk menghadapi PRU dengan yakin dan penuh persediaan,” jelasnya.

Disamping itu, Menteri Pertanian dan Industri Makanan ini mengingatk­an anggota Umno di peringkat cawangan dan bahagian supaya terus bersatu bagi mengekalka­n kekuatan parti terutama sekali apabila menjelang PRU.

“Kita harus menyatupad­ukan rakyat bukan hanya dalam kalangan ahli Umno tetapi juga ahli BN dan individu yang tidak mempunyai parti. Mereka ini harus ditemui dan disatukan dan jika boleh adakan perjumpaan tertentu dengan mereka supaya kita bertambah kuat. Jangan hanya berkempen di kawasan Umno sahaja kerana kita memang tulang belakang BN,” katanya.

Beliau berkata semua peringkat perlu bersedia supaya tidak terkial-kial apabila Dewan Negara dan DUN dibubarkan kelak.

Beliau turut mengingatk­an Ketua Daerah Mengundi untuk mengenalpa­sti ‘war room’ di setiap daerah mengundi supaya segalanya boleh digerakkan apabila tiba masanya.

 ??  ?? YAHYA (tengah) bersama Yakub Khan dan pemimpin Umno Bahagian Putatan berikrar memastikan Barisan Nasional (BN) mempertaha­nkan kerusi DUN dan Parlimen Putatan.
YAHYA (tengah) bersama Yakub Khan dan pemimpin Umno Bahagian Putatan berikrar memastikan Barisan Nasional (BN) mempertaha­nkan kerusi DUN dan Parlimen Putatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia