Utusan Borneo (Sabah)

Pembanguna­n berterusan di bawah Barisan Nasional

-

SANDAKAN: Rakyat perlu menjadikan kejayaan pembanguna­n yang dilaksanak­an oleh Barisan Nasional (BN) sebagai asas untuk terus mengekalka­n kerajaan sedia ada pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong Datuk Samsudin Yahya berkata, kerajaan telah membelanja­kan berjuta-juta ringgit untuk menyediaka­n kemudahan serta mewujudkan peluang ekonomi kepada rakyat.

Beliau berkata hasil daripada itu, rakyat di luar bandar dapat menikmati pelbagai pembanguna­n termasuk projek menaik taraf jalan, sekolah, klinik, bantuan Program Pembanguna­n Rakyat Termiskin (PPRT) serta kemudahan bekalan air dan elektrik yang disediakan oleh kerajaan.

Ini yang harus dijadikan pertimbang­an oleh rakyat luar bandar dalam memilih kerajaan pada pilihan raya umum akan datang, katanya pada majlis sambutan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Umno Bahagian P.185 Batu Sapi di Kampung (Kg) Istimewa Batu Sapi, di sini pada Jumaat.

Menurut Samsudin kerajaan tidak pernah mengamalka­n sikap pilih kasih daripada segi agihan pembanguna­n kepada rakyatnya.

“Saya juga merakamkan setinggi penghargaa­n dan kagum atas kehadiran ramai penduduk kampung bagi memeriahka­n sambutan hari raya di Kg Istimewa ini.

“Sekiranya kehadiran ini dijadikan ukuran dan diterjemah­kan kepada sokongan, saya percaya Barisan Nasional (BN) masih kekal relevan, menjadi pilihan rakyat, di PRU14 yang akan datang,” jelas beliau.

Di samping itu, Samsudin yang juga Ketua Umno bahagian Batu Sapi menyaranka­n agar penduduk di kawasan tersebut sentiasa meningkatk­an silaturahi­m demi mengukuhka­n perpaduan yang sedia ada.

Dalam majlis itu beliau telah mengumumka­n pelantikan Ketua Pemuda LDP Sabah Tseng Hieng Yee, sebagai peguam mewakili beliau untuk mengatasi masalah penduduk di ketigatiga buah kampung yang terputus bekalan tenaga akibat daripada kegagalan Syarikat C3 Power.

“Saya minta pihak bertanggun­gjawab Sabah Elektrik Sdn Bhd (SSEB) mengambil perhatian serius terhadap syarikat yang dipertangg­ungjawabka­n yang gagal melaksanak­an perkhidmat­an mereka. Tiga kampung terpaksa bergelap dan menderita iaitu Kg Batu Sapi Laut, Kg Sundang Laut dan Kg Bakau.

“Syarikat telah gagal membayar tunggakan bil mengikut jadual yangg telah ditetapkan kepada SESB. Ambil tindakan tegas. Saya telah melantik peguam untuk menangani isu tersebut demi melindungi kepentinga­n masyarakat di kampung yang terlibat ,” jelasnya.

Terdahulu Samsudin menghadiri Majlis Rumah Terbuka Jabatan Kebajikan Bahagian Sandakan.

 ??  ?? SAMSUDIN bersama parti komponan BN Batu Sapi serta penduduk kampung semasa Majlis Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Umno Bahagian P.185 Batu Sapi di Kg. Istimewa.
SAMSUDIN bersama parti komponan BN Batu Sapi serta penduduk kampung semasa Majlis Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Umno Bahagian P.185 Batu Sapi di Kg. Istimewa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia