Utusan Borneo (Sabah)

Membentuk modal insan sensitif

Sukarelawa­n siswa cemerlang akademik, jiwai kehidupan masyarakat

-

SIPITANG: Program Misi Sukarelawa­n Siswa anjuran Yayasan Sukarelawa­n Siswa (YSS) mampu membentuk modal insan yang lebih sensitif serta peka terhadap kehidupan masyarakat sekeliling.

Ketua Pemuda Umno Sabah Yamani Hafez Musa berkata program yang bermula 8 Julai lepas dan melibatkan kawasan pedalaman Beaufort, Sipitang dan Nabawan adalah selari dengan aspirasi Transforma­si Nasional 2050 (TN50), yang mahu kepimpinan generasi muda hari ini cemerlang akademik serta berupaya menjiwai rakyat.

“Perkara seperti ini boleh kita terjemahka­n, boleh kita adunkan pada peringkat awal (golongan muda), terutama sekali dalam konteks menjayakan program kesukarela­wan seperti ini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Misi Sukarelawa­n Siswa Antarabang­sa di Kampung Solob dekat sini, pada Jumaat.

Seramai 89 siswa institut pengajian tinggi awam dan swasta menyertai program yang dijalankan secara strategi lautan biru kebangsaan dengan jabatan dan agensi kerajaan serta melibatkan siswa dari Singapura, Indonesia dan Sudan serta siswa Malaysia yang menuntut di United Kingdom.

Anggota Lembaga Pengarah YSS Wan Ahmad Hazman Wan Daud berkata YSS sentiasa bekerjasam­a dengan kampung terpilih untuk mengetahui keperluan penduduk dan aktiviti sesuai yang boleh dijalankan bersama sukarelawa­n siswa.

Selain itu, beliau berkata program seumpama merupakan antara usaha yang menyokong langkah kerajaan untuk mendekati dan membantu penduduk di kawasan pedalaman.

Suasana hiba menyelubun­gi majlis tersebut apabila kira-kira 15 sukarelawa­n siswa yang ditempatka­n di Kampung Solob terpaksa mengucapka­n selamat tinggal kepada hos keluarga mereka.

Marlina Mutang, 30, sukar menahan airmatanya ketika melihat sukarelawa­n mengemaska­n baranganny­a, namun mengucapka­n berterima kasih kepada peserta misi itu atas semangat dan sokongan mereka berikan untuk membantu murid-murid di kampung untuk terus maju dalam pelajaran.

“Saya sudah menganggap mereka ini seperti anak saya. Saya sangat terharu dengan bantuan dan kasih sayang serta keceriaan mereka tunjukkan kepada kami selama dua minggu berada di sini,” katanya.

Pelajar Politeknik Metro Johor Bahru Mohamad Isaham Selamat, 21, yang menjadi ‘anak angkat’ Marlina berkata beliau akan sentiasa mengenangk­an sifat keibuan Marlina menjaganya ketika sakit.

“Saya dilayan seperti anak sendiri, disediakan makan dan minum, diberi ubat. Saya bersyukur dan berterima kasih atas kasih sayang dan keprihatin­an hos keluarga saya,” katanya sambil memeluk Marlina dan memanggiln­ya ibu.

Pelajar Universiti Sains Malaysia (UMS) Nurul Asma Zalizan, 21, Nurul Asma yang sedang menuntut dalam bidang bio perubatan mengakui pengalaman­nya di kampung itu tidak akan dilupakan, khususnya dengan semangat kekeluarga­an yang ditunjukka­n penduduk kampung.

“Pertama kali saya menjejakka­n kaki di sini, saya mengakui terasa asing, tetapi perasaan itu terus hilang apabila mereka (penduduk kampung) membuat kami rasa diterima dan gembira di sini,” katanya.- Bernama

“Perkara seperti ini boleh kita terjemahka­n, boleh kita adunkan pada peringkat awal (golongan muda), terutama sekali dalam konteks menjayakan program kesukarela­wan seperti ini, ” YAMANI HAFEZ MUSA Ketua Pemuda Umno Sabah

 ?? -Gambar Bernama ?? KETUA Pemuda Umno Sabah Yamani Hafez Musa (tengah) bersama Sukarelawa­n Siswa dan penduduk Kampung Solob selepas Majlis Penyampaia­n Sijil Penghargaa­n kepada peserta Sukarelawa­n Siswa setelah menamatkan misi selama dua minggu di Kampung Solob Sipitang.
-Gambar Bernama KETUA Pemuda Umno Sabah Yamani Hafez Musa (tengah) bersama Sukarelawa­n Siswa dan penduduk Kampung Solob selepas Majlis Penyampaia­n Sijil Penghargaa­n kepada peserta Sukarelawa­n Siswa setelah menamatkan misi selama dua minggu di Kampung Solob Sipitang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia