Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia bantu Filipina

Bukti komitmen tangani ancaman Daesh bersama

-

KULAI:Malaysia akan menghantar bantuan fasa kedua kepada tentera Filipina tidak lama lagi sekali gus membuktika­n komitmen kedua-dua negara dalam menangani ancaman militan Daesh bersama.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudi­n Tun Hussein ber- kata pada JumaatMala­ysia sudah menghantar bantuan kemanusian merangkumi bekalan makanan serta perubatan menerusi pesawat pengangkut A400m.

Hishammudd­in, yang baharu pulang dari lawatan ke tiga negara Asia Barat pada Jumaat berkata bantuan fasa kedua itu bakal melibatkan penghantar­an pasukan perubatan hadapan Angkatan Tentera Malaysia, peralatan menyediaka­n air bersih dan pasukan Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat).

“Mereka (Filipina) maklumkan mereka memerlukan air dan perubatan dan pada masa sama kita juga akan hantar pasukan Kagat supaya, pelarianda­ri Marawi itu tidak berada dalam keadaan terdesak dan susah.

Kita khuatir dalam keadaan itu mereka (pelarian) mudah dipengaruh­i oleh kumpulan militan sebab itu kita kena memenangi hati dan pemikiran dengan mendekati mereka,” kata beliau selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan Umno Bahagian Kulai di Dewan Raya Bandar Putra di sini, pada Sabtu.

Hishammudd­in, yang juga Menteri Tugas-tugas Khas itu berkata usaha itu diambil bagi membendung situasi di Marawi daripada merebak ke sempadan negara.

Katanya, pengumuman kumpulan militan itu mengenai wilayah Islamiah yang mahu diwujudkan adalah merangkumi Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan Jepun itu, juga tidak boleh dipandang ringan.

Justeru itu, hasil lawatannya ke Bahrain, Emiriah Arab Bersatu dan Saudi Arabia itu turut memudahkan perkongsia­n maklumat terutama usaha mereka yang berjaya menangani ancaman Daesh di negara mereka.

“Kunjungan saya berkisar kepada isu pertahanan dan keselamata­n dan satu perkara saya beri tumpuan adalah berhubung ancaman Daesh. Jadi, kita belajar dan ambil iktibar supaya apa yang mereka lalui tidak menimpa kita di sini,” kata beliau.- Bernama

“Mereka (Filipina) maklumkan mereka memerlukan air dan perubatan dan pada masa sama kita juga akan hantar pasukan Kagat supaya, pelarian dari Marawi itu tidak berada dalam keadaan terdesak dan susah. ” DATUK SERI HISHAMMUDI­N TUN HUSSEIN Menteri Pertahanan

 ??  ?? HISHAMMUDD­IN (kiri) memalu gong tanda Menutup Mesyuarat Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Kulai di Dewan Raya Bandar Putra Kulai.
HISHAMMUDD­IN (kiri) memalu gong tanda Menutup Mesyuarat Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Kulai di Dewan Raya Bandar Putra Kulai.
 ?? -Gambar Bernama ?? HISHAMMUDD­IN (duduk empat, kiri) dan Ketua Bahagian Umno Kulai Datuk Zainal Abidin Jidin (duduk, tiga dari kiri) ketika sesi bergambar selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan Umno Bahagian Kulai di Dewan Raya Bandar Putra Kulai.
-Gambar Bernama HISHAMMUDD­IN (duduk empat, kiri) dan Ketua Bahagian Umno Kulai Datuk Zainal Abidin Jidin (duduk, tiga dari kiri) ketika sesi bergambar selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan Umno Bahagian Kulai di Dewan Raya Bandar Putra Kulai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia