Utusan Borneo (Sabah)

Op Mega E-Kad : 4,500 PTI, 89 majikan ditahan

-

GEORGE TOWN: Kira-kira 4,500 pendatang tanpa izin (PTI) dan 89 majikan ditahan dalam Op Mega E-Kad Jabatan Imigresen yang dijalankan di seluruh negara sejak 1 Julai lepas sehingga Jumaat malam .

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata kesemua PTI itu ditahan atas pelbagai kesalahan antaranya menyalahgu­nakan pas dan tidak mempunyai dokumen berkaitan yang sah.

“Daripada jumlah keseluruha­n itu, PTI dari negara Vietnam, Thailand dan Indonesia mencatatka­n bilangan tertinggi.

“Selain menjalanka­n tangkapan, beberapa minggu kebelakang­an ini kami telah melakukan pendakwaan terhadap mereka di mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganuger­ahan Darjahdarj­ah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang sempena sambutan ulang tahun ke-79 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas, di sini pada Sabtu.

Mustafar, 58, dikurniaka­n Darjah Gemilang Pangkuan Negeri yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ adalah antara 170 individu yang menerima pingat dan darjah kebesaran pada Sabtu daripada 1,481 penerima yang disenaraik­an pada sambutan tahun ini.

Upacara itu menyaksika­n Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif yang merupakan penerima tunggal Darjah Panglima Pangkuan Negeri yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ mendahului senarai penerima pingat lain.

Sementara itu, Mustafar berkata seramai 135 PTI ditahan Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang dalam dua operasi yang dijalankan di Bayan Lepas dan Bukit Mertajam pada Jumaat malam.

Beliau berkata dalam operasi yang diketuainy­a dan berakhir pukul 4 pagi itu, pihaknya membuat pemeriksaa­n terhadap 356 PTI.

“Dalam operasi di pusat hiburan di Bukit Mertajam, kita menangkap 40 wanita yang menjalanka­n aktiviti tidak bermoral terdiri daripada warga Vietnam, Thailand dan Indonesia. Sementara itu, satu lagi operasi di kawasan pembinaan di Bayan Lepas, kita tangkap 95 orang yang kebanyakan­nya dari Bangladesh, Indonesia dan Myanmar,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan terhadap premis-premis yang menjalanka­n aktiviti tidak bermoral terutamany­a di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh, Perak dan Johor Bharu.

“Jabatan Imigresen ambil tindakan terhadap PTI yang melakukan aktiviti tidak bermoral ini tetapi kalau perkara ini tidak ditangani dengan berkesan termasuk oleh pihak berkuasa tempatan ia akan berulang,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia