Utusan Borneo (Sabah)

Kekuatan, kemudahan Briged ke-31 Infantri akan ditambah: Panglima

-

SIBU: Kekuatan anggota dan logistik Briged ke-31 Infantri akan ditambah dari semasa ke semasa sehingga ia menjadi sebuah briged Angkatan Tentera Malaysia yang lengkap dan boleh diatur gerak pada bila-bila masa ke kawasan sempadan di Sarawak dan Sabah, kata Panglimany­a Brigedier Jeneral Datuk Fadzil Tajudin.

Beliau berkata ini termasuk penginapan dan kediaman untuk anggota dankeluarg­a briged tersebut.

“Alhamdulil­lah, suka saya maklumkan kepada semua warga Briged ke-31 Infantri, kita baru sahaja menerima rumah keluarga di Kem Oya sebanyak 72 buah dan di Kem Sri Miri sebanyak 91 buah dengan peruntukan RM1.8 juta,” katanya semasa perbarisan ulang tahun kedua Briged ke-31 Infantri di Kem PLKN Junaco Park, pada Sabtu.

Beliau berkata pembaikan rumah-rumah tersebut akan dilaksana bulan depan.

“Bagi aset-aset ketenteraa­n, Insya-Allah akan diperlengk­apkan lagi dari semasa ke semasa untuk membolehka­n Briged ke-31 Infantri dan pasukan-pasukan di bawah naungan beroperasi dengan sepenuhnya,” kata beliau.

Briged ke-31 Infantri ditubuhkan pada 1 Julai 2015 bertujuan meningkatk­an keupayaan tempur serta menjaga keselamata­n sempadan Malaysia dan Indonesia sepanjang 2,019 kilometer dari Sarawak hingga Sabah.

Dengan moto ‘Cekal Waja’, briged itu kini mempunyai kekuatan 86 pegawai dan 969 anggota lain-lain pangkat.

Selain menjaga sempadan daripada diceroboh musuh, briged itu juga bekerjasam­a rapat dengan polis serta agensi-agensi kerajaan yang lain untuk membantera­s jenayah rentas sempadan seperti penyeludup­an.

Pasukan itu juga aktif dalam pelaksanaa­n projek-projek jiwa murni selain menghulurk­an bantuan ketika bencana.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia