Utusan Borneo (Sabah)

KKMM fokus naik taraf kemudahan internet di seluruh negara

-

KUALA TERENGGANU: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan terus membuat penambahba­ikan dan menaik taraf capaian internet di seluruh negara termasuk di kawasan luar bandar bagi memastikan tiada rakyat ketinggala­n menikmati kemudahan itu.

Menterinya, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata beliau telah mengarahka­n semua pegawai di kementeria­n mengenal pasti kawasan yang masih belum mempunyai capaian internet atau kelajuanny­a masih di tahap tidak memuaskan.

“Saya juga akan bertanya sendiri kepada pemimpin setempat mengenai masalah dalam perkhidmat­an internet di kawasan mereka agar kita boleh mencari jalan penyelesai­an.

“Contohnya hari ini, saya berbincang dengan Datuk Mohd Sabri Alwi (Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu) mengenai perkembang­an internet di daerah ini agar penduduk Kuala Terengganu juga mampu menggunaka­n kemudahan internet dengan baik sama seperti penduduk di bandar besar lain seperti Kuala Lumpur,” katanya.

Bercakap kepada pemberita di majlis tautan kasih Aidilfitri UMNO Kuala Terengganu di sini pada Sabtu, beliau berkata menjelang tahun 2020, kerajaan menyasarka­n sekurang-kurangnya 95 peratus daripada rakyat Malaysia akan mempunyai akses kepada internet selaras perkembang­an teknologi semasa.

Mengulas lanjut, Salleh berkata kementeria­n sentiasa mengambil berat sebarang laporan mengenai kemudahan internet bagi memastikan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam membangunk­an digital ekonomi tercapai.

“Sebab itu kita selalu mendengar dan meneliti apa sahaja kelemahan yang ada untuk diperbaiki segera di peringkat kementeria­n supaya rakyat Malaysia dapat bersaing dengan rakyat negara lain menggunaka­n kemudahan internet terbaik yang disediakan kerajaan,” katanya. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? MOHD Sabri (dua, kiri) menceduk lauk untuk Salleh (tiga, kanan) yang menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya UMNO Bahagian Kuala Terengganu di Stadium Negeri pada Sabtu.
GambarBern­ama MOHD Sabri (dua, kiri) menceduk lauk untuk Salleh (tiga, kanan) yang menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya UMNO Bahagian Kuala Terengganu di Stadium Negeri pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia