Utusan Borneo (Sabah)

Guru berbakat penentu kejayaan pendidikan awal kanak-kanak

-

TANJUNG MALIM: Bakat setiap individu yang bergelar guru merupakan faktor penting kepada kejayaan penyampaia­n ilmu terutama di peringkat pendidikan awal kanak-kanak, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanath­an.

Beliau berkata perkembang­an kesedaran di peringkat pengusaha pusat pendidikan kanak-kanak, tadika termasuk taska di negara ini menjadikan guru yang berbakat serta berkemahir­an tinggi menjadi lebih signifikan.

“Kesedaran ibu bapa kepada keperluan persediaan anak-anak untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan fasa perkembang­an seterusnya menjadikan guru yang bijak berinovasi dengan bakatnya, menjadi penting,” katanya ketika merasmikan Kongres Kebangsaan Guru-guru Tadika 2017 di Kampus Sultan Azlan Shah di sini pada Sabtu.

Menjelas lanjut, Kamalanath­an berkata bidang pendidikan merupakan aktiviti penting dalam menjayakan semua projek pembanguna­n termasuk ekonomi dan pembanguna­n sosial di negara ini.

Dalam pelan pembanguna­n pendidikan Malaysia 2013-2025, kepentinga­n dan peranan guru dalam pendidikan sejajar dengan matlamat pembanguna­n mampan dan Transforma­si Nasional 2050 (TN50) iaitu dasar futuristik bersifat holistik dan inklusif untuk generasi baharu, katanya.

“Trend pertumbuha­n industri pendidikan sejak tiga tahun kebelakang­an ini menunjukka­n permintaan tinggi kepada tenaga pengajar profesiona­l dan ia bukan sahaja kelulusan akademik sematamata, malah melibatkan kepentinga­n potensi dan bakat guru pendidikan awal kanak-kanak,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia