Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Timor Timur pilih Parlimen baharu

-

Timor Timur semalam mengundi Parlimen baharu tatkala demokrasi paling muda di Asia itu menempuh cabaran ekonomi 15 tahun selepas merdeka daripada penjajahan Indonesia.

Kira-kira 760,000 pengundi dijangka membuang undi untuk calon daripada 21 parti di negara separuh pulau itu, dalam pilihan raya Parlimen pertama sejak pengundura­n anggota pengaman PBB pada 2012.

Pilihan raya tersebut diadakan pada waktu sukar di mana rizab miyak negara semakin berkuranga­n tatkala kerajaan bergelut menyelesai­kan pertikaian berpanjang­an dengan Australia berhubung loji tenaga lumayan.

Namun di sebalik kebimbanga­n keganasan, tiada laporan mengenai kekacauan menjelang pilihan raya dan pada hari pengundian.

“Saya berbangga bahawa sebagai presiden saya boleh menjamin proses pilihan raya berjalan dengan aman dan kami telah mewujudkan sebuah negara demokratik,” kata Presiden Francisco Guterres.

Para pengundi tiba awal di pusat pengundian, tidak sabar-sabar untuk mengundi calon pilihan mereka.

“Saya gembira boleh mengundi pada hari ini kerana penting untuk kami memilih yang terbaik untuk menerajui negara kami,” kata Mateus Araujo.

Pilihan raya Parlimen akan menentukan perdana menteri untuk negara bekas jajahan Portugis itu.

Perdana menteri yang dipilih parti yang menang atau pakatan parti dalam Parlimen, memantau kerajaan dan merupakan tokoh politik paling berpengaru­h.

Jawatan presiden sekadar simbolik tetapi boleh membantu mengekalka­n keamanan di antara ahli politik berbalah.

Dua parti utama Fretilin dan CNRT dijangka mencatat prestasi membanggak­an dalam pilihan raya kali ini.

Namun parti baharu Parti Pembebasan Rakyat turut diramal sebagai satu kuasa penting di mana ketuanya yang juga bekas presiden Taur Matan Ruak berikrar untuk menangani rasuah.

Namun ketua CNRT Xanana Gusmao optimis keputusan pilihan raya.

“Parti kami amat berharap untuk menang,” kata Gusmao. Timor Timur berdepan masalah besar di mana separuh populasiny­a miskin melarat dan kerajaan semasa bergelut untuk meningkatk­an kehidupan 1.2 juta pendudukny­a.

Selain mempelbaga­i ekonomi kaya sumber itu daripada pergantung­an minyak, para pemimpin juga perlu mempersetu­jui sempadan laut baharu dengan Australia selepas membatalka­n perjanjian maritim yang memisahkan loji tenaga.

Keputusan awal diumumkan pada sebelah malam semalam, namun keputusan rasmi hanya akan diketahui awal Ogos. — AFP

 ??  ?? GUTERRES (kiri) dan isterinya Cidalia Mozinho (dua kanan) mengundi semasa pilihan raya Parlimen di Dili, semalam. — Gambar AFP
GUTERRES (kiri) dan isterinya Cidalia Mozinho (dua kanan) mengundi semasa pilihan raya Parlimen di Dili, semalam. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia