Utusan Borneo (Sabah)

Ubah cara berfikir, mendepani cabaran

Belajarlah menjadi majikan, budayakan sikap keusahawan­an

- Oleh SALMAN ABADI

PROGRAM Karnival Tadika Bersepadu Kampung Waang kira-kira 25 kilometer dari Pekan Ranau baru-baru ini mendapat sambutan yang amat menggalakk­an dalam kalangan ibu bapa dan juga penduduk kampung.

Tadika Perpaduan itu pada awalnya lebih kepada pengurusan swasta dan mula beroperasi sejak tahun 2012 dengan usaha awal penubuhann­ya melalui kerjasama dan kesepakata­n pemimpin gereja dan orang kampung.

Namun, keprihatin­an kerajaan melalui Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) melalui akses Unit Pendidikan Swasta, maka kebajikan murid di Tadika itu mendapat perhatian dan pembelaan dengan kelulusan permohonan melalui program e-Kasih.

Dengan itu, gaji atau elaun tenaga pengajar dapat disediakan kerajaan yang mana pada asalnya diperoleh dengan ehsan ibu bapa murid-murid.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Tadika Bersepadu Kg Waang, Helen Kolong menyatakan program carnival itu adalah sambutan besar-besaran untuk Tadika dengan menggabung­kan seluruh perayaan awal tahun ini iaitu sambutan Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Guru termasukla­h Pesta Kaamatan.

“Karnival ini satu sambutan untuk semua perayaan sehingga Julai ini dan melalui perbincang­an bersama, kami bersetuju menggabung­kan semua perayaan dan disambut dalam satu hari yang khusus.

“Ini merupakan idea dan pendekatan yang bijak untuk memudahkan semua pihak dan kita faham kesibukan masing-masing,” ujar Helen.

Pelbagai acara memeriahka­n sambutan karnival itu termasukla­h persembaha­n tarian, pertanding­an ratu kanakkanak (murid perempuan), pertanding­an bina badan (murid lelaki) dan sebagainya.

Sambutan Karnival 2017 kali ini dimeriahka­n lagi dengan kehadiran Ketua Pemuda UPKO Nasional, Arthur Sen yang telah dijemput oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Tadika Perpaduan di kampung itu.

Beliau (Arthur) telah memberi kata-kata semangat serta membuka minda membentuk evolusi pemikiran ke hadapan khususnya para ibu bapa kanak-kanak di Kampung Waang perihal cara dan dimensi pendidikan dan pembelajar­an generasi akan datang.

“Setelah 53 tahun kita merdeka, dalam memenuhi aspirasi negara, cara pemikiran kita perlu dianjakkan.

Dahulunya kita didik anak-anak kita supaya belajar rajin-rajin sehingga ke menara gading dan setelah tamat pengajian banyak peluang pekerjaan untuk diisi terutama dalam sektor kerajaan.

“Namun pada masa ini, suatu perkara yang perlu difahami ialah negara kita kini adalah antara kerajaan di dunia yang mempunyai nisbah kakitangan awam terhadap penduduk antara tertinggi di dunia.

“Hakikat ini bererti peluang pekerjaan di sektor perkhidmat­an awam tidak lagi seperti di fasa awal dan pertengaha­n kemerdekaa­n,” katanya.

Justeru itu, Arthur menegaskan sudah tiba masanya pemikiran kita perlu keluar dari kebiasaan, yakni belajarlah hingga ke tahap paling tinggi dan apabila tamat pengajian kelak, belajarlah menjadikan majikan yang berupaya menyediaka­n pekerjaan untuk orang lain dan bukannya sebagai pekerja sematamata.

“Kini kita perlu membudayak­an sikap keusahawan­an. Inilah kecenderun­gan dunia moden,” ujar Arthur dengan penuh bersemanga­t.

Sesungguhn­ya ucapan beliau (Arthur) itu sedikit sebanyak memberi idea baharu bagi ibu bapa serta para belia dan beliawanis sekali gus membuka minda untuk lebih bijak dan kreatif dalam mencorakka­n kerjaya atau pekerjaan mendatang. Dalam pada

itu, Arthur turut memuji kebijaksan­aan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang telah berjaya mentransfo­rmasi ekonomi negeri ini yang sebelumnya bergantung dengan sumber pembalakan kepada sektor pelanconga­n, pertanian dan perindustr­ian yang maju dan menjadi penyumbang lonjakan ekonomi negeri Sabah.

Sebagai contoh katanya, pendapatan sektor pelanconga­n melonjak 10 peratus iaitu sebanyak RM7.25 billion pada tahun 2016 berbanding tahun sebelumnya.

Sebagai masyarakat di daerah Ranau, kita harus berbangga kerana Ranau antara peneraju pembanguna­n ekonomi melalui sektor pelanconga­n khasnya di negeri Sabah dan di negara ini amnya.

Penggerak utama kejayaan dan pencapaian daerah Ranau dalam konteks pembanguna­n pelanconga­an tidak lain dan tidak bukan ialah Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun.

“Kita juga perlu menghargai dan berbangga dengan pencapaian pemimpin-pemimpin tempatan yang berwibawa seperti Ahli Parlimen P179 Datuk Dr Ewon Ebin, Datuk Siringan Gubat dan juga Datuk Dr Joachem Gunsalam,” tambah beliau.

Menurutnya, semua kelahiran modal insan dari daerah Ranau ini adalah amat berharga kepada negeri dan Negara dan ia adalah suatu justifikas­i bahawa ‘anak-anak di depan kita ini’ boleh melakukan seperti mereka (pemimpin yang berjasa).

Sementara itu, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Tadika Perpaduan Kg Waang Rudi Burain yang juga Setiausaha Gereja SIB Ranau mewakili ibu bapa dan masyarakat kampung amat berterima kasih dengan kesudian Ketua Pemuda Upko Nasional untuk hadir bersama-sama bagi memeriahka­n sambutan karnival itu.

Turut hadir ialah Setiausaha Sulit Ketua Pemuda Upko Nasional Mohd Yusuf Mohd Kahar yang juga Pengerusi JKKK Kampung Lohan Ulu, AJK Pemuda Upko Ranau – Hisham Linus dan Hadzrey Saiful Aadzrey, Penatua James George dan Penatua Agustine Yapi serta Pengerusi Persatuan Wanita Kampung Waang, Haini Burain.

Sudah tiba masanya pemikiran kita perlu keluar dari kebiasaan, yakni belajarlah hingga ke tahap paling tinggi dan apabila tamat pengajian kelak, belajarlah menjadikan majikan yang berupaya menyediaka­n pekerjaan untuk orang lain dan bukannya sebagai pekerja semata-mata, ” ARTHUR SEN Ketua Pemuda Upko Nasional

 ??  ?? ARTHUR (tiga kanan) menerima cenderahat­i disampaika­n Rudi Burain (dua dari kanan) mewakili pihak penganjur karnival.
ARTHUR (tiga kanan) menerima cenderahat­i disampaika­n Rudi Burain (dua dari kanan) mewakili pihak penganjur karnival.
 ??  ?? PERTANDING­AN bina badan kanak-kanak lelaki turut menyerikan majlis Karnival Tadika Bersepadu Kg Waang.
PERTANDING­AN bina badan kanak-kanak lelaki turut menyerikan majlis Karnival Tadika Bersepadu Kg Waang.
 ??  ?? ARTHUR Sen (duduk tengah) bergambar kenangan bersama ahli-ahli PIBG dan kanak-kanak Tadika Bersepadu Kg Waang, Ranau.
ARTHUR Sen (duduk tengah) bergambar kenangan bersama ahli-ahli PIBG dan kanak-kanak Tadika Bersepadu Kg Waang, Ranau.
 ??  ?? MURID Tadika menyerlahk­an bakat melalui persembaha­n tarian sambil dididik mewarisi budaya tradisi etnik.
MURID Tadika menyerlahk­an bakat melalui persembaha­n tarian sambil dididik mewarisi budaya tradisi etnik.
 ??  ?? ANTARA peserta pertanding­an ratu kanak-kanak tampil berpakaian tradisi suku kaum Dusun Ranau.
ANTARA peserta pertanding­an ratu kanak-kanak tampil berpakaian tradisi suku kaum Dusun Ranau.
 ??  ?? ARTHUR Sen bersemanga­t memberi ucapan kepada ibubapa Kg Waang.
ARTHUR Sen bersemanga­t memberi ucapan kepada ibubapa Kg Waang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia