Utusan Borneo (Sabah)

Seharian bersama

Pakcik Jaya

- NOTA HUJUNG MINGGU ABDUL NADDIN HAJI SHAIDDIN

PERJALANAN dari Kota Kinabalu ke Kota Belud sebenarnya tidaklah jauh sangat jika bukan kerana masalah kesesakan jalan raya. Dalam keadaan biasa, masa yang diperlukan untuk sampai ke pekan yang sinonim dengan panggilan pekan koboi itu hanya mengambil masa kira-kira satu jam atau mungkin kurang. Namun jika jalanan sesak, waktu yang ditempuhi hampir dua jam.

Inilah yang diberitahu oleh saudara Kauli ketika menumpang teksinya pagi itu, bersama Pakcik Jaya, hari Rabu itu kami menuju kampung Pompod, untuk mewawancar­a seorang bekas guru, Haji Mohd Dayah, kini 81 tahun dan merakamkan pengalaman pahit manis semasa mengajar di beberapa sekolah sejak Sabah belum merdeka lagi.

Banyaklah cerita yang kami kongsikan sepanjang perjalanan untuk mengisi masa yang terluang. Kami teringat mengenai perjuangan orang dulu-dulu untuk mengisi kemerdekaa­n. Juga mengenai kemajuan teknologi yang berkembang pesat dan pantas. Sekonyong-konyong teringatla­h kami cerita mengenai arwah Ma’ Tegab, yang mempunyai kearifan yang luar biasa, mampu meramal masa depan. Diceritaka­n juga mengenai beberapa kisah yang unik.

“Suatu masa nanti, akan ada ular naga yang panjang dari Kota Belud menghala ke Kudat,” demikian Ma Tegab pernah meramalkan. Masa itu orang tidak tahu apa yang dimaksudka­n oleh Ma’ Tegab. Kini setelah beberapa lama, barulah orang kampung mengerti bahawa naga yang dimaksudka­n itu ialah jalan antara Kota Belud dan Kudat. Ketika itu menurut cerita, belum ada jalan raya yang baik antara Kota Belud dan daerah utara Sabah itu.

Arwah Ma’ Tegab juga pernah mengatakan bahawa satu masa nanti, akan ada satu situasi dimana orang bercakap sendiri sambil tertawa. Ramalan Ma’ Tegab itu, tepat adanya kerana sekarang kerana kecanggiha­n teknologi orang boleh berbicara melalui telefon genggam, bahkan boleh bertatap muka meskipun satu orang berada di London, satu orang lagi berada di sebuah kampung di Kota Belud.

Moga Allah merahmati rohnya dan menempatka­n beliau di kalangan orang-orang yang soleh. Cerita mengenai kearifan beliau itu sebenarnya beredar dari mulut ke mulut, entahkan benar entahkan tidak tetapi yang nyata, banyak orang berkongsi cerita yang sama mengenai kemasyhura­n Ma Tegab,seorang tokoh kampung yang amat dihormati pada zamannya.

Menurut pakcik Jaya, yang menyampaik­an cerita itu, Ma’ Tegab pernah pula membeli gula dan meletakan gula itu di pokokpokok untuk memberi makan kepada semut. Beliau seorang yang penyayang bukan saja kepada manusia bahkan kepada binatang. Beliau memperhati­kan hakikat kesementar­an dari titis embun di hujung daun. Bahkan bukan itu,banyak lagi cerita lain mengenai kehebatan dan keperibadi­an Ma’ Tegab yang menjadi perbualan orang kampung.

Pada zamannya, Ma’ Tegab adalah seorang personalit­i yang terkenal. Segala tingkahnya sering diperhatik­an dan diperkatak­an orang. Banyak kearifan dan kebijaksan­aan beliau, yang boleh menjadi bahan renungan.

Itulah antara inti percakapan kami dalam perjalanan itu. Selepas sesi wawancara itu, beliau sempat membawa saya berkunjung ke rumah kakaknya di tepi sungai, dan seorang lagi kakaknya di lereng bukit. Saya melihat betapa rapatnya beliau dengan keluarga dan betapa beliau seorang yang disayangi kaum kerabatnya.

Beliau juga sempat memberitah­u hasratnya untuk membina masjid di atas bukit, sementara saya terkagumka­gum melihat betapa tingginya pokok-pokok mangga wani yang mungkin sudah berusia beratus tahun lamanya.

Sebelum pulang, beliau sempat singgah di kuburan untuk mendoakan agar roh ayah dan ibunya ditempatka­n di kalangan orang yang beriman.

“Arwah Ma’ Tegab juga pernah mengatakan bahawa satu masa nanti, akan ada satu situasi dimana orang bercakap sendiri sambil tertawa. Ramalan Ma’ Tegab itu, tepat adanya kerana sekarang kerana kecanggiha­n teknologi orang boleh berbicara melalui telefon genggam, bahkan boleh bertatap muka meskipun satu orang berada di London, satu orang lagi Belud.” berada di sebuah kampung di Kota

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia