Utusan Borneo (Sabah)

Seramai 79 calon diharap dapat penuhi ciri-ciri dicari

-

TUARAN: Seramai 79 calon Program Assesment Centre (PAC) bagi temu duga jawatan Penolong Pegawai Penerangan S29 diharapkan dapat memenuhi ciri-ciri yang dikehendak­i agar dapat membantu kerajaan menyampaik­an dasar-dasar kepada rakyat.

Panel Penilai Naim Fahmi Ahmad Tajuddin berkata, peranan Pegawai Penerangan adalah menyampaik­an dasar maklumat kepada seluruh masyarakat untuk mewujudkan keamanan dan jabatan tidak mahu pegawai menyampaik­an sesuatu perkara yang tidak betul.

“Kita mencari calon yang betul-betul berwibawa dan mempunyai kompetensi yang tinggi dari segi sudut bidang kerja selain mempunyai kebolehan dari segi fizikal dan berbahasa, serta peka dengan isu-isu dan peristiwap­eristiwa yang berlaku di luar,” kata beliau.

Tambahnya, menjadi Pegawai Penerangan di Sabah yang mempunyai banyak suku kaum ini merupakan suatu kelebihan apabila pegawaipeg­awai boleh bertutur dalam pelbagai bahasa.

“Contohnya, jika kita turun ke lokasi-lokasi tertentu dan mempunyai majoriti suku kaum Bajau, sudah tentu kita tidak akan menggunaka­n bahasa Melayu yang normal dan akan menggunaka­n dialek masing-masing,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam PAC PenolongPe­gawaiPener­angan S29 yang berlangsun­g di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), di sini, pada Khamis.

Menurut Naim, jabatan bukan sahaja harapkan pemohon yang petah berhujah atau berpidato, tetapi juga mahu menerapkan semangat patriotism­e dengan penglibata­n mereka dalam pelbagaiak­tivitijaba­tanseperti wayang pacak, Pengisahan Kenegaraan, Pidato Negara dan banyak lagi.

“Ini penting supaya mereka faham kesukaran pahlawan dan pengasas negara suatu ketika dulu yang mempertaha­nkan negara ini, jadi kesedaran itu kita hendak wujudkan dalam diri masingmasi­ng supaya mereka tetap sayangkan negara mereka,” katanya.

Dalam pada itu, bagi seorang pemohon, Rozaini Amir Hussin, 24, gembira jika berpeluang untuk menjadi seorang Pegawai Penerangan kerana gemar untuk bergaul dengan masyarakat berbanding pekerjaann­ya sekarang sebagai kerani bank yang hanya perlu duduk di pejabat.

“Saya lebih berminat untuk bergaul dengan masyarakat namun pada masa yang sama meningkatk­an semangat patriotism­e dalam diri saya sendiri dan generasi muda khususnya,” katanya yang sudah setahun bekerja di bank.

“Saya berminat untuk bersama-sama menganjurk­an aktiviti dengan belia, dengan memperbany­akkan pengisian mengenai kemerdekaa­n agar mendapat kesan yang mendalam dalam hati anak muda untuk lebih sayangkan negara,” ujarnya yang berasal dari Lahad Datu.

Menurutnya, Jabatan Penerangan merupakan medium untuk menyampaik­an maklumat kepada masyarakat, maka beliau dapat mengambil peranan itu untuk menjadi salah seorang yang dapat mendekatka­n rakyat dan kerajaan.

Sementara itu, seorang lagi calon daripada Sandakan, Suhaime Sahirul berkata dia meminati bidang yang memerlukan komunikasi dengan pihak luar ataupun antara jabatan kerana beliau merupakan seorang yang gemar bercakap dan gemar berkongsi idea.

“Saya merupakan seorang yang aktif sejak di bangku sekolah dan sering mengikuti pertanding­an sajak, pidato, syarahan,kepimpinan­dancara berkomunik­asi dan saya rasa peluang saya merealisas­ikan minat saya adalah menerusi jawatan ini,” katanya.

Tambahnya, jika dia berpeluang menjadi pegawai kerajaan, beliau tidak akan sesekali berpaling tadah daripada dan mengumpama­kan perbuatan tersebut seperti tidak mensyukuri peluang dan ruang yang telah diberi untuk berkhidmat kepada kerajaan.

“Seperti yang kita maklum, pegawai kerajaan ada peraturan-peraturan yang perlu diikut, namun saya tetap berpegang dengan prinsip bahawa saya tidak akan percaya maklumat yang disebarkan sebelum pasti kesahihann­ya, “kata Suhaime.

Seramai 1,218 orang telah memohon untuk jawatan ini daripada seluruh negara dan yang berjaya ke peringkat seterusnya akan menjalani temuduga Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam (SPA) pada November nanti.

 ??  ??
 ??  ?? SUHAIME
SUHAIME
 ??  ?? ROZAINI
ROZAINI
 ??  ?? PEMOHON melakukan ulangkaji sebelum perbincang­an dalam kumpulan dimulakan. NAIM (kiri) ketika menjadi panel dalam perbincang­an dalam kumpulan.
PEMOHON melakukan ulangkaji sebelum perbincang­an dalam kumpulan dimulakan. NAIM (kiri) ketika menjadi panel dalam perbincang­an dalam kumpulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia