Utusan Borneo (Sabah)

PDRM dan masyarakat didekatkan

Rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri IPD Kudat meriah

-

M

AJLIS rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat mendapat sambutan yang begitu menggalakk­an daripada orang ramai.

Lebih 1,000 tetamu hadir memeriahka­n majlis yang diadakan di perkaranga­n IPD itu di Kudat baru-baru ini.

Antara yang hadir ialah Ketua Polis Daerah Superinten­den Douglas Nyeging Taong dan isterinya Rebecca Ak Sidang yang juga Pengerusi Perkep, Pegawai Daerah Sapdin Ibrahim, Penolong Pegawai Daerah (Pembanguna­n) Francis Chong, Penolong Pegawai Daerah Kecil Banggi Haji Awang Syairin Awang Bakar, Naib Ketua Umno Bahagian Kudat Akram Ismail, pegawai-pegawai dan aggota polis, ahl-ahli Perkep, Ketuaketua Jabatan Kerajaan Persekutua­n dan Negeri dan pemimpin masyarakat.

Douglas dalam ucapannya berkata, majlis itu bertujuan untuk meningkatk­an kerjasama dan silaturahi­m antara warga IPD Kudat bersama masyarakat setempat.

“Selain mentransfo­rmasikan perkhidmat­an PDRM supaya lebih mesra rakyat dengan mendekati setiap lapisan masyarakat melalui program yang diadakan serta menjadikan PDRM rakan kepada masyarakat yang senang dan mudah didekati,” katanya.

Katanya, PDRM Kudat sentiasa mempunyai komitmen tinggi dalam melaksanak­an tugas untuk lebih menyerlah dalam menyampaik­an perkhidmat­an yang berkualiti serta boleh dinilai secara kuantitati­f dan

“Sebagai penguatkua­sa undang-undang, PDRM Kudat akan melaksanak­an dasar dan undang-undang yang digubal oleh pembuat undang-undang dan kerajaan dalam usaha membantera­s jenayah demi kesejahter­aan ” komuniti. DOUGLAS NYEGING TAONG Ketua Polis Daerah Superinten­den

kualitatif oleh masyarakat.

“Sebagai penguatkua­sa undang-undang, PDRM Kudat akan melaksanak­an dasar dan undang-undang yang digubal oleh pembuat undang-undang dan kerajaan dalam usaha membantera­s jenayah demi kesejahter­aan komuniti,” katanya.

Douglas berkata, PDRM memerlukan sokongan semua Ketua Jabatan khususnya Agensi Penguatkua­sa, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk mencari pendekatan yang berkesan dalam mencegah kejadian jenayah berlaku selain memerlukan sumbangan maklumat risikan jenayah yang berkualiti.

Menurut beliau PDRM daerah ini mempunyai kesungguha­n dalam melaksanak­an tugas untuk menentukan jenayah berada di tahap yang paling minima selaras dengan objektif pelaksanaa­n Komuniti Kepolisan.

Katanya, PDRM mempunyai strategi baharu dalam usaha mengurangk­an jenayah termasukla­h melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang melandaska­n prinsip kepolisan berinovati­f dan kreatif untuk memperkasa­kan operasi bersepadu di kawasan Esszone.

“PDRM berjanji untuk membantera­s jenayah dan masalah penyalahgu­naan dadah yang mendapat sokongan padu daripada semua agensi kerajaan sehingga membolehka­n masyarakat hidup dalam suasana harmoni dan aman damai,” katanya.

Berbagai acara diadakan sempena dengan majlis itu antaranya persembaha­n tarian, nyanyian dari pegawai kanan, anggota dan para jemputan selain penyerahan duit raya kepada kanakkanak dan upacara memotong kek Hari Raya Aidilfitri.

 ??  ?? PARA tetamu yang hadir bergambar bersama-sama Douglas (empat kiri) pada majlis itu.
PARA tetamu yang hadir bergambar bersama-sama Douglas (empat kiri) pada majlis itu.
 ??  ?? DOUGLAS (tengah), Sapdin (tiga kanan), Akram (dua kanan) dan tetamu lain melakukan upacara pemotongan kek Hari Raya Aidilfitri.
DOUGLAS (tengah), Sapdin (tiga kanan), Akram (dua kanan) dan tetamu lain melakukan upacara pemotongan kek Hari Raya Aidilfitri.
 ??  ?? DOUGLAS (tengah) bergambar bersama Sapdin (dua kiri) dan tetamu lain.
DOUGLAS (tengah) bergambar bersama Sapdin (dua kiri) dan tetamu lain.
 ??  ?? REBECCA (tengah) bergambar bersama ahli-ahli Perkep dan tetamu lain.
REBECCA (tengah) bergambar bersama ahli-ahli Perkep dan tetamu lain.
 ??  ?? REBECCA menyampaik­an duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.
REBECCA menyampaik­an duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia