Utusan Borneo (Sabah)

Pengetahua­n menulis penting

Untuk guru sastera

-

PENGETAHUA­N menulis sastera khusus kepada guru penting untuk memastikan pelajar mampu memanfaatk­an minat mereka terhadap subjek Kesusaster­an Melayu, kata Ketua Persatuan Penulis Alam Maya Malaysia (Jom Sastera), Yatim Ahmad.

Menurutnya, hasil beberapa kajiannya mendapati kebanyakan pelajar yang mengambil subjek berkenaan keliru kerana menganggap mereka mampu hasilkan puisi atau cerpen sebenar bukan semata menjawab soalan untuk mendapatka­n markah.

Walaupun subjek Kesusaster­aan Melayu turut menyediaka­n soalan kefahaman, tetapi ia tetap dianggap sebagai mata pelajaran biasa, ditambah lagi guru yang mengajar tidak tahu menerangka­n bagaimana seharusnya cerpen atau puisi dihasilkan.

“Ini menjadikan kita kehilangan ramai pelapis sastera kerana mereka tidak lagi membaca atau menulis selepas tamat sekolah,” katanya.

Yatim berkata demikian semasa memberikan kata alu-aluan pada Bengkel Penulisan Cerpen anjuran Unit Pusat Sumber, Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Kota Kinabalu.

Bengkel itu diadakan pada 18 Julai lalu di Bilik Seminar LDP, IPG Kampus Gaya.

Bengkel di sertai pelatih guru IPG adalah kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBPS) sempena Bulan Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Tahun 2017.

Sehubungan itu, Yatim berharap kerjasama dapat membantu pihak IPG Gaya dan DBPS yang mengadakan siri bengkel penulisan cerpen diteruskan pada masa akan datang.

“Kita perlu guru pelatih yang mahir menulis cerpen (atau puisi) agar pengetahua­n ini dapat diperturun­kan kepada pelajar apabila mereka menamatkan pengajian di IPTA dan mengajar di sekolah.

Mengikut kajian DBP sebelum ini, Yatim berkata sejak 1993 hingga 2003 jumlah pelajar yang mengambil subjek berkenaan menurun begitu ketara sekali daripada 75085 pelajar pada 1993 kepada 53922 pada 2003.

Manakala, kajian lanjutan mendapati pada 2008 jumlah pelajar yang mengambil subjek itu ialah 36368 menurun kepada 24,949 pelajar pada 2012.

“Lebih malang lagi kebanyakan sekolah menengah kini tidak lagi mengajar subjek Kesusaster­aan Melayu dan hanya menumpu dalam Komsas sahaja,” katanya.

Dalam hubungan ini, Jom Sastera akan membantu pihak DBP atau IPG atau institusi pengajian tinggi untuk berikan bengkel atau ceramah umum berkaitan kemahiran menulis puisi atau cerpen kepada guru (juga guru pelatih) agar mereka dapat mengajar sastera menerusi dua kaedah sekaligus iaitu untuk teknik menjawab soalan sastera atau menulis sebenar cerpen atau puisi.

“Dua pegalaman ini diharap akan membantu guru menyediaka­n banyak pilihan pengajaran kepada pelajar dna mereka mampu hasilkan cerpen atau puisi, selain mengetahui teori dan memahami teks sastera,” katanya

Yatim berkata, sejak dua tahun lalu Jom Sastera Malaysia telah pergi ke beberapa sekolah menengah khusus di kawasan Pantai Barat untuk berikan bengkel penulisan sebenar puisi atau cerpen kepada pelajar sekolah, antaranya Sekolah Menengah Kerajan (SMK) Datuk Peter Mojuntin dan SMK Tamparuli.

“Ia adalah program Jom Sastera Ke Sekolah dan kami jga membuat latihan drama, cara mengarah drama, syair kepada pelajar berkenaan,”

Menurutnya, Jom Sastera biro Sabah yang diketuai oleh Noor Aisah Maidin akan meneruskan usah aitu di sekolah menengah yang lain. Ia juga dengan sokongan DBPS.

“Kerjasama dengan DBPS dan IPG (Gaya) juga adalah satu perkembang­an yang membanggka­n untuk Jom Sastera kerana ini akan memperluas­kan program kami untuk dimanfaatk­an oleh masyarakat,” katanya

Menurutnya lagi, Jom Sastera akan membuat susulan program itu untuk memastikan semua peserta mampu meningkatk­an kebolehan mereka.

Beliau berterima kasih kepada pihak DBPS dan IPG Gaya kerana mengundang dan menjemput untuk adakan bengkel di IPG Gaya.

Sementara itu, Ain Apainah yang mewakili Pengarahny­a, berkata IPG Gaya berkata bengkel ini bertujuan untuk mencungkil bakat penulisan cerpen dikalangan pelajar institut perguruan dalam pelbagai bidang pengajian. Bengkel ini melibatkan 66 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Semester akhir.

“Objektif bengkel ini adalah untuk membimbing, melatih dan mengasah bakat pelajar dalam bidang penulisan cerpen di samping mendorong penglibata­n pelajar secara serius dalam bidang penulisan. Unit Pusat Sumber turut menganjurk­an Peraduan Menulis Cerpen terbuka kepada semua pelajar IPG Kampus Gaya untuk memberi peluang kepada mereka berkarya dan menghasilk­an cerpen yang baik,” Kata Ain Apainah.

Menurutnya, pihak IPG Kampus Gaya menjemput tokoh novelis dan cerpen Noraini Osman.

Ketua Biro Jom Sastera sabah, Noor Aisyah Maidin turut hadir pada majlis penutupan.

 ??  ?? PEGAWAI IPG Gaya, Awang Ahmad (dari kiri) bersama Ketua Jom Sastera, Noor Aisah Maidin, Ketua Unit Pusat Sumber IPG Gaya, Dayang Kalsum,Yatim (tengah) Ain Apainah, Noraini Osman (dua dari kanan) Noor Aisyah Maidin (dua dari kiri) dan Siti Khadijah Haji...
PEGAWAI IPG Gaya, Awang Ahmad (dari kiri) bersama Ketua Jom Sastera, Noor Aisah Maidin, Ketua Unit Pusat Sumber IPG Gaya, Dayang Kalsum,Yatim (tengah) Ain Apainah, Noraini Osman (dua dari kanan) Noor Aisyah Maidin (dua dari kiri) dan Siti Khadijah Haji...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia