Utusan Borneo (Sabah)

Isaac Lugun dan Goh Chii Bing terajui CMSB

Masing-masing mempunyai pengalaman lebih dari 45 tahun berkhidmat dengan CMS

-

KUCHING:Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB) semalam telah mengesahka­n bahawa Dato Isaac Lugun dan Goh Chii Bing akan menerajui perniagaan CM S B sebagai Ketua Pegawai Korporat Kumpulan dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan masing-masing berkuat kuasa penghujung tahun ini.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, ia ekoran persaraan Dato Richard Curtis sebagai Pengarah Urusan Kumpulan CMSB pada 31 Disember ini.

Richard akan kekal sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dan Bukan Bebas sehingga akhir tahun 2018.

“Saya bagi semua pihak CMS, ingin mengucapka­n terima kasih kepada Dato Richard atas kerja keras dan komitmenny­a terhadap syarikat itu dalam tempoh 11 tahun yang lalu.

“Dato Richard memainkan peranan besar dalam melaksanak­an pelan strategik 10 tahun syarikat untuk mengembang­kan dan mempelbaga­ikan portfolio perniagaan CMS selain memainkan peranan aktif bagi masyarakat.

“Di antara mereka, Dato Isaac dan Goh masing-masing mempunyai pengalaman lebih dari 45 tahun dengan CMS, bekerja rapat dengan Dato Richard dan Lembaga Pengarah untuk menyampaik­an dekad pertumbuha­n yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Pemahaman yang mendalam tentang perniagaan CMS, kepercayaa­n bersama terhadap hala tuju syarikat, rekod prestasi terbukti dan kepintaran perniagaan yang mendalam adalah kesinambun­gan mutlak yang dapat kita sampaikan ketika meneruskan era kepimpinan baharu,” kata Pengerusi Kumpulan CMSB, Tan Sri Dato Seri Syed Anwar Jamalullai­l.

Tambahnya, Lembaga Pengarah gembira melihat Dato Isaac dan Goh mengambil kedudukan dua peringkat ini kerana kita mengenali kualiti, kepakaran dan keupayaan mereka.

Kedua-duanya akan melaporkan dan bekerjasam­a rapat dengan Pengarah Eksekutif Kumpulan CMSB, Datuk Syed Ahmad Alwee Alsree.

Pihak CMSB telah berkembang hanya sebagai pengeluar produk tunggal simen bermula pada tahun 1974 untuk menjadi sebuah syarikat yang memberi tumpuan kepada visi, kebanggaan hala tuju Sarawak yang baharu.

Pada masa kini, portfolio syarikat meliputi lebih daripada 35 syarikat yang terlibat dalam pembuatan simen, bahan binaan, perdaganga­n, pembinaan, penyelengg­araan jalan raya, pembanguna­n hartanah, perkhidmat­an kewangan, pelaburan, infrastruk­tur telekomuni­kasi, pendidikan dan perkhidmat­an.

 ??  ?? GOH
GOH
 ??  ?? ISAAC
ISAAC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia