Utusan Borneo (Sabah)

Nikmati pelbagai tawaran istimewa dengan menjadi ahli MaxisONE Club

-

KUCHING: Ahli MaxisONE Club akan menikmati pelbagai tawaran istimewa yang melangkaui perkhidmat­an telekomuni­kasi.

Menerusi siaran akhbarnya semalam, kerjasama unik 6 dalam 1 iaitu pihak Maxis telah bekerjasam­a dengan jenamajena­ma premium lain iaitu BMW, Citibank, Enrich by Malaysia Airlines, MINI dan Sime Darby Property untuk memberi ganjaran kepada pelanggan apabila mereka menaik taraf telefon mereka, membeli sebuah kereta baharu, menempah percutian, membeli rumah baharu atau apabila mereka membuat pelaburan kewangan.

Secara keseluruha­n, pelanggan yang memanfaatk­an kesemua tawaran istimewa itu dapat menikmati penjimatan bernilai lebih daripada RM60,000 bagi setiap pelanggan.

Antara ganjaran yang ditawarkan pihak Maxis adalah BMW merupakan baucar gaya hidup bernilai RM4,000 dengan pembelian model kereta BMW terpilih di mana-mana peniaga sah BMW.

Sementara itu, MINI iaitu baucar gaya hidup bernilai RM2,000 dengan pembelian model kereta MINI terpilih di mana-mana peniaga sah MINI.

Citibank pula, merupakan pulangan wang tunai (cash back) sehingga RM500 apabila mendaftar kad Citibank, Citigold atau Citi Priority.

Di samping itu, pulangan wang tunai sehingga RM22,000 setelah mendaftar pinjaman perumahan baharu.

Sementara itu, Enrich by MalaysiaAi­rlines puladipero­lehi dengan mendapatka­n 500 Enrich Miles apabila pelanggan mendaftar sebagai ahli baharu Enrich dan nikmati pelbagai manfaat dan tawaran istimewa dari Malaysia Airlines.

Pelanggan juga boleh menikmati tawaran penerbanga­n eksklusif dari Malaysia Airlines dari masa ke masa.

Sime Darby Property menyediaka­n rebat tambahan sehingga 6 peratus apabila pelanggan membeli rumah mereka dari 10 hartanah Sime Darby yang berbeza.

Ia bersamaan dengan rebat berjumlah RM30,000 bagi hartanah yang bernilai RM500,000.

Nikmati penjimatan sehingga RM2,371 bagi pelbagai peranti. Selain itu, pelanggan yang menaik taraf atau mendaftar untuk MaxisONE Plan 158 atau MaxisONE Plan 188 akan menerima Google Chromecast percuma bernilai RM160 dan diskaun selanjutny­a sehingga 45 peratus .bagi aksesori terpilih.

“Dalam membina ciri-ciri baharuuntu­kaplikasiM­yMaxis, kami ingin mencari cara baharu untuk memperkaya­kan kehidupan pelanggan kami selain daripada perkhidmat­an telekomuni­kasi.

“Kerjasama 6-dalam-1 yang unik ini membolehka­n pelanggan menggunaka­n aplikasi MyMaxis apabila membeli kereta atau rumah baharu, menempah percutian atau melabur untuk masa hadapan.

“Dan ini sesuatu yang cukup istimewa. Kami gembira kerana dapat bekerjasam­a dengan BMW, Citibank, Enrich by Malaysia Airlines, MINI dan Sime Darby Property, dan melalui kerjasama ini, kami semua dapat menawarkan pengalaman baharu yang lebih bermanfaat untuk semua pelanggan kami,” kata Ketua Perkhidmat­an Pemasaran Maxis Sulin Lau semalam.

Untuk menebus tawarantaw­aran tersebut, ahli MaxisONE Club hanya perlu memuat turun aplikasi MyMaxis dan klik pada kategori MaxisONE Club dalam tab ‘Deals’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia