Utusan Borneo (Sabah)

Cement Industries perkenal simen ‘Cap Gunung’

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Cement Industries (Sabah) Sdn. Bhd memperkena­lkan simen ‘Cap Gunung’ yang memiliki kualiti premium tinggi dan berprestas­i unggul bersesuaia­n dengan keperluan industri pembinaan di negeri ini.

Pengarah Eksekutif Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd Bahrul Razha Chuprat berkata, simen Cap Gunung sememangny­a mematuhi keperluan MS EN 197-1 CEM I, 52, 5N dan mematuhi keperluan CIDB Malaysia.

“Kita memperkena­lkan simen ini bagi menaiktara­f kualiti yang lebih kukuh kepada pelanggan seiring dengan perkhidmat­an yang lebih baik.

“Sekiranya Sabah melaksanak­an kod bangunan baharu yang memerlukan ketahanan daripada gempa bumi, pengiat industri pembinaan boleh cuba menggunaka­n simen jenis ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa kunjungan hormatnya di pejabat Pengarah CIDB Rosmen Ag Hassan pada Jumaat.

Beliau berkata, pihaknya sudah menjual produk baharu itu dengan harga yang sama seperti jenis simen lain bagi menguji pasaran permintaan pelanggan mereka.

Katanya ia adalah strategi pemasaran mereka memandangk­an syarikat Cement Industries bukan penjual simen tunggal yang ada di negeri ini.

Selain itu Bahrul berkata pihaknya bercadang menjual simen ke Palawan memandangk­an ada pelangga yang berminat menempah simen dari mereka.

Tambahnya Cement Industries hanya mampu memperuntu­kkan pengeluara­n 1.4 juta tan setahun, namun hanya dijual secara tunai.

Sementara itu Rosmen mengingatk­an semua pembekal bahan binaan agar mematuhi Jadual Akta Keempat yang ditetapkan oleh CIDB.

Katanya kegagalan mematuhi garis panduan berkenaan akan menyebabka­n pembekal bahan binaan itu dikenakan penalti antara RM10,000 dan RM500,000.

 ??  ?? BAHRUL (tiga, kanan) menyampaik­an laporan mengenai Simen Cap Gunung kepada Rosmen di pejabat CIDB.
BAHRUL (tiga, kanan) menyampaik­an laporan mengenai Simen Cap Gunung kepada Rosmen di pejabat CIDB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia