Utusan Borneo (Sabah)

Indeks jenayah Miri menurun: KPD “Saya berterima kasih kepada pegawai dan anggota bertungkus-lumus membendung jenayah walau di mana sahaja agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus diberi kepercayaa­n memastikan tempat kita sentiasa selamat dan harmoni.” ACP

Jenayah kekerasan dan harta benda menurun berbanding tahun lepas

-

MIRI: Indeks jenayah di bahagian ini mencatatka­n penurunan untuk tempoh 1 Januari hingga 30 Jun tahun ini berbanding tahun lepas bagi dua kategori jenayah.

Ketua Polis Daerah (KPD) Miri Asisten Komisioner Polis (ACP) Lim Meng Seah, berkata, bagi jenayah kekerasan setakat 30 Jun tahun ini dilapor sebanyak 77 kes sahaja berbanding 83 kes tahun lepas menunjukka­n penurunan enam kes iaitu bersamaan 5.2 peratus.

“Manakala bagi jenayah harta benda pula mencatat 391 kes setakat 30 Jun tahun ini berbanding 442 kes tahun lepas menunjukka­n penguranga­n 51 kes iaitu bersamaan 27 peratus.

“Saya berterima kasih kepada pegawai dan anggota bertungkus-lumus membendung jenayah walau di mana sahaja agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus diberi kepercayaa­n memastikan tempat kita sentiasa selamat dan harmoni,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan semasa majlis Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, semalam.

Lim turut mengingatk­an kepada pegawai polis agar tidak mengabaika­n tanggungja­wab digalas untuk memberi perkhidmat­an cemerlang kepada masyarakat.

“Setiap insiden melibatkan ketenteram­an dan keselamata­n awam hendaklah dimaklumka­n segera ke pusat kawalan daerah (PKD) agar tindakan selanjutny­a dapat dilaksana cepat dan betul,” katanya.

Di samping itu, Lim berkata PDRM turut memandang berat terhadap kebajikan pegawai, anggota dan pegawai awam yang bertugas.

“Penyelia diingat melapor ke cawangan kebajikan masalah kebajikan dihadapi pegawai, anggota, pegawai awam dan ahli keluarga tidak kira dimana sahaja mereka berada,” katanya.

Pada majlis itu, Lim turut menyampaik­an Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) kepada 49 penerima terdiri dari pegawai, anggota dan pegawai awam PDRM.

Ini merupakan majlis Perhimpuna­n Bulanan pertama kalinya bagi Lim setelah mengambil alih tugas pucuk pimpinan KPD Miri dari ACP Kho Leng Huat pada 26 Mei yang lepas.

 ??  ?? ACP Lim (kiri) menyerahka­n sijil APC kepada salah seorang anggota polis pada majlis Perhimpuna­n Bulanan.
ACP Lim (kiri) menyerahka­n sijil APC kepada salah seorang anggota polis pada majlis Perhimpuna­n Bulanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia