Utusan Borneo (Sabah)

Danilo bakal sertai Manchester City

-

LONDON: Manchester City bakal menandatan­gani pemain pertahanan Real Madrid, Danilo, menurut laporan media yang berleluasa pada Jumaat.

Pep Guardiola menjadikan pembelian pemain pertahanan sebagai keutamaann­ya pada musim percutian selepas dia melepaskan Pablo Zabaleta, Gael Clichy dan Bacary Sagna, dan Danilo, pemain antarabang­sa Brazil, bakal menyertai Kyle Walker sebagai rekrut terbaharu City dalam posisi itu.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu dijangka menanggung kos sekitar 26 juta pound (RM143 juta) untuk mengikat kontrak dengan pemain berusia 26 tahun itu, dan dengan Walker ditandatan­gani dalam perpindaha­n yang dapat meningkat kepada 54 juta pound (RM297 juta), ini bermakna perbelanja­an City untuk mendapatka­n pemain pertahanan sahaja melepasi 80 juta pound (RM440 juta).

Danilo, yang menyertai Real, juara Eropah, pada 2015 dari Porto, memulakan hanya 17 perlawanan liga sahaja di Sepanyol pada musim lepas setelah Dani Carvajal sering diletakkan pada posisi pertahanan kanan.

Pemain antarabang­sa Sepanyol itu memulakan perlawanan sebelum Danilo dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Cardiff ketika Real Madrid menewaskan Juventus 4-1 untuk menjulang Piala Eropah mereka yang ke-12.

Chelsea juga dipercayai ingin mendapatka­n tanda tangan pemain Brazil itu tetapi City – yang turut memburu pemain pertahanan Monaco, Benjamin Mendy – masih menjadi kelab pilihan untuk memeterai perjanjian. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia