Utusan Borneo (Sabah)

Sabah jauhi zon penyingkir­an

Selepas catat kemenangan 2-1 ke atas MISC-MIFA

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Sabah hampir pasti bebas daripada penyingkir­an selepas menang 2-1 ke atas MISCMIFA pada saingan Liga Premier di Stadium Likas pada Jumaat.

Ia adalah kemenangan kedua berturut-turut pertama Sabah dalam saingan liga musim ini. Sebelumnya Sabah menang 10 ke atas UiTM FC di tempat lawan.

Sabah kini mengumpul 20 mata daripada 17 perlawanan iaitu dijarakkan 12 mata dari MISC-MIFA dan 13 mata dari ATM FA, dua psaukan tercorot di zon penyingkir­an.

Tiga atau empat mata dari baki lima perlawanan akan menjamin Sabah kekal dalam sainganLig­aPremierda­nketua jurulatih, Jelius Ating yakin dapat melepasiny­a dengan syarat pasukan dapat kekalkan momentum kemenangan yang sedang dinikmati.

“Saya harap kita boleh meneruskan momentum kemenangan ini sebab kalau kita lihat perlawanan kelmarin (pada Jumaat), kita hanya bermain baik pada separuh masa pertama dan bersyukur dapat dua gol awal.

“Pada separuh masa kedua, kita kucar-kacir dan dibolosi satu gol selepas kehilangan momentum. Inilah yang perlu diperbaiki,” kata Jelius ketika dihubungi di sini pada Sabtu.

Pemain tengah, Sabri Sahar muncul wira Sabah dengan menjaringk­an kedua-dua gol pada minit ke-15 dan 27.

Gol pertama menerusi percubaan dari luar kotak penalti yang terkena pertahanan lawan, K Premananth­an sebelum masuk ke ruang kosong gawang yang hanya mampu diperhatik­an penjaga gol, Zulfadhli Mohamed yang sudah tersilap langkah.

Gol kedua pula berpunca daripada sepakan percuma dari dekat penjuru kotak penalti yang terus mencecah jaring menewaskan Zulfadhli untuk Sabah mendahului 2-0 pada separuh masa pertama.

Jelius berkata, kedua-dua gol itu berlaku sebagaiman­a dalam perancanga­nnya.

Pasukan pelawat mencipta peluangmen­jaringkang­olpada minit ke-21 tetapi percubaan pemain importnya, Bodric Dimitri Tagne Fogueing sekadar menggegark­an tiang gol.

Sabah juga berpeluang menambah jaringan tetapi tandukan Rodoljub Paunovic ketika berlaku pergelutan di dalam kotak penalti tidak ke sasaran walaupun penjaga gol tidak berada di posisinya.

Selepas rehat, pasukan pelawat lebih garang dan mengurangk­an jarak kepada 1-2 hasil jaringan Kpah Sean Sherman yang tidak dicabar menanduk masuk sepakan percuma Mohd Redzuan Nawi pada minit ke-55.

MISC-MIFA terus menggandak­an usaha dengan penguasaan permainan tetapi gagal menambah jaringan.

Keadaan bertambah sukar bagi pasukan pelawat apabila beraksi dengan 10 pemain pada 20 minit terakhir permainan selepas Redzuan diperintah keluar padang dengan layangan kad kuning kedua untuk layangan kad merah kerana mengasari Ummareng Bacok.

Sabah bagaimanap­un gagal memanfaatk­an kekurangan pasukan pelawat itu dan ini menambahka­n rasa tidak puas hati Jelius.

“Saya ada bagi tahu pemain, bila sudah mendahului pastikan kita menguasai bola. Lawan tentu habis-habisan cuba bagi tekanan dan ini akan mengurangk­an fokus mereka di bahagian pertahanan. Kita patut gunakan peluang itu untuk menyerang.

“Masalahnya, ia tidak berlaku seperti yang kita harapkan sebaliknya kita pula yang cepat kehilangan bola. Pemain kita nampak main `relax’ mungkin kerana rasa selesa selepas mendahului 2-0. Ini menyebabka­n lawan mengambil kesempatan sampai kita hilang momentum. Ini adalah kelemahan yang perlu diperbaiki,” katanya.

Sambil itu, Pengurus Pasukan Datuk Juil Nuatim berkata, kemenangan kedua berturut-turut pertama itu adalah satu lagi perkembang­an positif pasukan dan beliau berharap ia dapat diteruskan.

“Kemenangan itu juga menebus kekalahan 1-3 di tangan lawan sama pada pusingan pertama dan kita kini bukan sahaja sudah semakin jauh dari zon penyingkir­an tetapi berpeluang memintas sekurang-kurangnya dua lagi pasukan di atas,” katanya.

Sabah kekal di tangga kelapan tetapi kini hanya dijarakkan dua dan satu mata dengan UiTM dan PDRM di tangga keenam dan ketujuh.

Sabah akan meneruskan cabaran menentang JDT II juga di Stadium Likas pada Selasa depan (25 Julai).

Kemenangan itu juga menebus kekalahan 1-3 di tangan lawan sama pada pusingan pertama dan kita kini bukan sahaja sudah semakin jauh dari zon penyingkir­an tetapi berpeluang memintas sekurang-kurangnya dua lagi ” pasukan di atas. DATUK JUIL NUATIM Pengurus pasukan

 ??  ?? JELIUS
JELIUS
 ??  ?? JUIL
JUIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia