Utusan Borneo (Sabah)

Valverde tolak khabar angin perpindaha­n Neymar

-

NEW YORK: Pengurus Barcelona Ernesto Valverde menyangkal cakapcakap tentang pemergian penyerang bintang Neymar (gambar) dalam perpindaha­n rekod dunia ke Paris Saint-Germain, dengan menepis “khabar angin” kelmarin dan berkata skuad itu mahu dia kekal bersama mereka.

Di tengah-tengah laporan bahawa masa depan Neymar di Camp Nou kini menimbulka­n tanda tanya, Valverde berkata pemain antarabang­sa Brazil itu disayangi dan kehendaki di Barca selama bertahun-tahun akan datang.

“Ini adalah masa bagi khabar angin. Kita faham itu adalah keadaannya,” kata Valverde.

“Dia bersama kami sekarang. Seorang daripada kami. Dia adalah pemain yang kami sayangi dan kami kehendaki. Bukan sahaja dari segi bola sepak, tetapi juga bagi perkara yang dia bawa ke bilik persalinan.

“Ia hanya khabar angin sahaja. Kita tidak perlu bimbang mengenai sesuatu yang kita tidak tahu sama ada ia akan berlaku depan, kita akan lihat. Tetapi kita tidak perlu bimbang mengenainy­a sekarang.” Komen itu dibuat ketika Barcelona memulakan jelajah pertunjuka­n di Amerika Syarikat (AS) untuk membuat persiapan bagi kempen akan datang. Mereka menentang Juventus semalam di New Jersey, Manchester United pada Rabu ini di pinggir Washington dan seteru El Clasico Real Madrid di Miami pada 29 Julai. Pemainteng­ahdankapte­n Barcelona Sergio Busquets turut menepis cakap-cakap tentang pemergian Neymar sebagai khabar angin. “Sekarang adalah tempoh khabar angin dan banyak berita dilaporkan,” kata Busquets. “Hanya dia sahaja yang tahu. Jika dia perlu menyatakan sesuatu, dia akan berbuat demikian. Saya tidak perlu memberitah­unya apa-apa. Dia sudah tahu di mana dia. Saya tidak fikir dia boleh berada di tempat lain yang lebih bagus. Saya harap dia kekal di sini selama bertahun-tahun lagi.”

Pemain pertahanan Barcelona Javier Mascherano menyifatka­n Neymar, bintang Brazil, sebagai masa depan kelab gergasi Sepanyol itu, dan memberitah­u ESPN kelmarin bahawa dia juga berharap penyerang berusia 25 tahun itu akan kekal.

“Dalam kes Ney, dia ternyata muda, dan saya harap dia di sini bersama Barcelona selama bertahun-tahun lagi,” kata Mascherano dalam satu posting di laman sesawang rangkaian sukan AS itu.

“Dia adalah pemain yang amat penting bagi kelab. Kerana usianya, dia adalah masa depan kelab, dan kami harap kami dapat terus bergantung kepadanya.”

Laporan membayangk­an Neymar sudah memberitah­u rakan-rakan sepasukan di Barca bahawa dia mahu berpindah, tetapi Mascherano berkata cakap-cakap sedemikian tidak menjejaska­n pemain Brazil itu, yang sudah menjaringk­an 105 gol dalam 186 perlawanan untuk Barcelona dan 52 gol dalam 77 penampilan untuk negaranya. “Dia sudah biasa dengan tekanan dan orang bercakap,” kata Mascherano.

“Khabar angin dan berita mengenainy­a akan sentiasa ada.”

Ditanya mengenai nasihat yang dia mungkin berikan kepada Neymar selepas dia sendiri pernah menimbang untuk berhijrah ke Juventus setahun lalu, pemain Argentina itu berkata dia melihat Neymar seronok di Sepanyol.

“Ia sebenarnya sukar untuk memberi nasihat,” kata Mascherano. “Pertama sekali, saya bukan orang yang memberi nasihat dan kedua, saya melihat dia amat gembira di sini, amat gembira.” – AFP

 ??  ?? atau tidak. Jika ia berlaku pada masa
atau tidak. Jika ia berlaku pada masa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia