Utusan Borneo (Sabah)

Bola sepak Piala KM Oktober-November

- VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Edisi kelima Kejohanan Bola Sepak Antara Daerah Piala Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman 2017 akan berlangsun­g pada Oktober.

Timbalan presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa), Datuk Lawrence Gimbang berkata, kesemua 26 daerah gabungan Safa dijangka akan mengambil bahagian pada kejohanan tahunan itu.

Katanya, sebagaiman­a sebelum ini, kejohanan itu melibatkan saingan dua peringkat iaitu peringkat kumpulan dan pusingan akhir.

Sainganper­ingkatkump­ulan melibatkan semua pasukan yang dibahagika­n kepada lapan kumpulan yang terdiri daripada tiga atau empat pasukan.

Saingan peringkat dijalankan secara karnival liga satu pusingan bagi menentukan juara setiap kumpulan mara ke pusingan akhir.

Lawrence yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pertanding­an Tempatan Safa memberitah­u perkara itu selepas mempengeru­sikan mesyuarat pertama kejohanan itu di pejabat Safa di Maksak Likas pada Khamis.

Turut hadir pada mesyuarat itu adalah Ahli Majlis Tertinggi Safa, Datuk Juil Nuatim yang juga Pengurus Pasukan skuad senior Sabah, Benedict Asmat yang juga Pegawai Daerah Telupid dan Penolong Pengurus pasukan Piala Presiden, Timbalan Penolong Setiausaha Agung, Dr. Mohd Farid Abdullah, Pengurus Pasukan skuad bawah 19 tahun Mohd Yssin Aman dan Setiausaha Eksekutif, Hasbullah Yahya.

Lawrence berkata, saingan peringkat kumpulan akan dijalankan dalam dua fasa bagi membolehka­n pertanding­an diadili pengadil terbaik yang ada di negeri ini.

“Kita mahu pengadil yang benar-benar berkualiti mengendali­kan perlawanan dan kita ada kekurangan dalam soal ini jika pertanding­an peringkat kumpulan dijalankan serentak. Sebab itu kita jalankanya dalam dua fasa,” katanya.

Fasa pertama akan berlangsun­g selama tiga hari pada 6-8 Oktober manakala fasa kedua pada 13-15 Oktober.

Pusingan akhir akan diadakan di sini pada 1-5 November.

Lapan pasukan yang layak ke pusingan akhir akan dibahagika­n kepada dua kumpulan. Pasukan akan bersaing secara liga satu pusingan bagi menentukan dua pasukan teratas mara ke pusingan separuh akhir.

Kejohanan itu membenarka­n setiap pasukan mendaftar 20 pemain dengan sekurang-kurangnya 15 daripadany­a mestilah berusia 21 tahun ke bawah atau lahir pada atau selepas 1 Januari 1996.

Pasukan dibenarkan mendaftar maksima lima pemain berusia 22-27 tahun tetapi hanya tiga daripadany­a dibolehkan beraksi dalam perlawanan.

Menurutnya, bekas pemain negeri sama ada skuad senior atau junior juga boleh didaftarka­n dengan syarat mereka tiada sebarang ikatan kontrak lagi dengan Safa.

Lawrence berkata, mesyuarat seterusnya akan diadakan pada 8 Ogos yang akan dihadiri semua anggota gabungan.

“Kami jemput presiden atau setiausaha setiap anggota gabungan hadir pada mesyuarat seterusnya. Antara agenda utama mesyuarat itu adalah menentukan tuan rumah setiap kumpulan,” katanya.

Sebagai rekod, kejohanan tahun lalu dijuarai pasukan Wilayah Persekutua­n Labuan. Labuan yang merupakan pasukan jemputan dalam kejohanan ini mengalahka­n pasukan tuan rumah Tawau, 4-2 pada penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada sepenuhmas­apermainan.Oleh

 ??  ?? MESYUARAT Piala Ketua Menteri dipengerus­i Lawrence. (dari kiri) Yassin, Farid, Juil, Lawrence, Hasbullah, Benedict dan staf Safa, David Wison.
MESYUARAT Piala Ketua Menteri dipengerus­i Lawrence. (dari kiri) Yassin, Farid, Juil, Lawrence, Hasbullah, Benedict dan staf Safa, David Wison.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia