Utusan Borneo (Sabah)

Usaha kekalkan Sabah bebas rabies diutamakan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Keutamaan diberikan untuk mengekalka­n Sabah bebas daripada penyakit rabies atau anjing gila.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr. Christina Rundi berkata, pihaknya sentiasa memantau keadaan itu memandangk­an negeri jiran kini mempunyai jangkitan penyakit itu sehingga menyebabka­n kematian.

“Kita pantau perkara ini khususnya di sempadan, bukan sekarang sahaja kita memantau perkara itu tetapi sudah bersedia sejak dahulu lagi.

“Pada 2015 apabila berlakunya penularan wabak penyakit anjing gila ini di Perlis, Pulau Pinang dan Kedah, kita telah membuat pemantauan mengenai kes-kes gigitan anjing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mass Community CPR 2017 anjuran Jabatan Kecemasan Hospital Queen Elizabeth II, di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata, antara usaha yang dilakukan pada waktu itu adalah menyeru kepada mana mana individu yang digigit anjing pergi mendapatka­n rawatan di klinik atau hospital.

Katanya dengan laporan yang diberikan kepada unit kawalan penyakit dalam hospital, ianya akan disalurkan kepada Jabatan Haiwan agar mengambil tindakan siasatan selanjutny­a.

“Apa yang diviralkan barubaru ini laporan itu adalah dari 2015 yang mana secara kebetulan dalam proses kami berkongsi maklumat, ianya bocor kepada orang awam yang tidak sepatutnya terjadi.

“Di Sabah kita mempunyai sistem pemantauan penyakit, kita pantau kes yang berlaku di luar hospital khususnya sempadan,” katanya.

Christina juga menjelaska­n pihaknya mempunyai jalinan kerjasama rapat dengan Jabatan Haiwan bukan sahaja berkaitan penyakit rabies tetapi juga penyakit haiwan lain yang boleh menjangkit­i manusia.

Dalam pada itu, beliau menjelaska­n klinik bergerak tidak pernah dihentikan kerana perkhidmat­an itu dilaksanak­an menggunaka­n jalan udara, darat dan sungai atau laut. Email: utusanborn­eokk@gmail.com

 ??  ?? PESERTA melakukan latihan CPR.
PESERTA melakukan latihan CPR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia