Utusan Borneo (Sabah)

Keprihatin­aan berikan seribu harapan

Sokongan berterusan orang ramai membolehka­n PCA beroperasi

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Sokongan yang berterusan daripada orang ramai membolehka­n Persatuan Penjagaan Paliatif Kota Kinabalu (PCA) dapat meneruskan operasi harian dengan menjaga kebajikan pesakit.

Penaung PCA Kota Kinabalu Datuk Victor S Paul berkata, dengan sokongan dan sumbangan orang ramai, persatuan itu dapat meneruskan usaha menyediaka­n jagaan baik kepada mereka yang mempunyai penyakit barah.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada para penderma khususnya Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang sentiasa menyokong persatuan ini setiap tahun.

“Saya juga berterima kasih kepada Datuk Ambrose Lee yang sentiasa menyumbang­kanRM100,000 setiap tahun,” katanya dalam Majlis Makan Malam Amal Tahunan PCA pada malam Jumaat.

Beliau berkata keprihatin­an mereka yang memberikan sumbangan itu mampu menawarkan perbezaan dalam kehidupan para pesakit PCA dan keluarga masingmasi­ng.

Katanya, tidak kira sumbangan itu adalah secara persendiri­an atau melalui organisasi, komitmen dan sokongan yang diberikan itu sangat bermakna kepada pesakit P C Ayang memerlukan jagaan. “Sejak 1998 PCA menjaga lebih 3,000 pesakit dan kini mempunyai 160 orang seumpamany­a di sekitar bandaraya ini serta Tuaran.

“PCA juga bekerja rapat dengan Hospital Queen Elizabeth menerusi unit jagaan paliatif bagi menyediaka­n pekhidmata­n perubatan berkualiti dan sokongan moral,” katanya.

Menurutnya PCA yang beroperasi kini melaksanak­an perkhidmat­an dengan dana yang terhad. Operasi tahunan persatuan ini memerlukan kos lebih daripada RM500,000.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Teo Chee Kang, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Edward Yong Oui Fah, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

“Dengan sokongan dan sumbangan orang ramai, persatuan itu dapat meneruskan usaha menyediaka­n jagaan baik kepada mereka barah.” yang mempunyai penyakit DATUK VICTOR S PAUL Penaung PCA Kota Kinabalu

(DBKK) Datuk Yeo Boon Hai dan Presiden PCA Matron Morna Chua serta tetamu kehormat lain.

Dalam majlis sama, para tetamu turut dihiburkan dengan persembaha­n khas daripada Boney M tribute show yang menampilka­n Sheyla Bonnick iaitu salah seorang bekas ahli kumpulan itu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? WAKIL Victoria Capital Sdn Bhd (dua dari kanan) menyampaik­an sumbangan sebanyak RM100 ribu kepada Morna (dua dari kiri) sambil disaksikan oleh Musa (kiri) dan Victor (kanan).
WAKIL Victoria Capital Sdn Bhd (dua dari kanan) menyampaik­an sumbangan sebanyak RM100 ribu kepada Morna (dua dari kiri) sambil disaksikan oleh Musa (kiri) dan Victor (kanan).
 ??  ?? MUSA sedang berbual mesra dengan Victor (tiga kiri) dan Morna (empat kanan). Kelihatan sama Teo (kiri) dan Hajiji (dua dari kiri).
MUSA sedang berbual mesra dengan Victor (tiga kiri) dan Morna (empat kanan). Kelihatan sama Teo (kiri) dan Hajiji (dua dari kiri).
 ??  ?? MUSA (enam kiri) menerima cendera kenangan daripada Victor. Turut kelihatan ialah para penerima cendera kenangan yang lain.
MUSA (enam kiri) menerima cendera kenangan daripada Victor. Turut kelihatan ialah para penerima cendera kenangan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia