Utusan Borneo (Sabah)

‘Dendam Aurora’ adaptasi siri telenovela Itali di Astro Prima

Adaptasi siri telenovela Itali di Astro Prima

- WATAK UTAMA:

DENGAN kerjasama syarikat produksi Global Station Sdn Bhd, Astro akan membawakan sebuah lagi karya adaptasi bersiri yang berkisarka­n konflik perebutan kuasa yang didorong dendam dan hasad dengki, pergolakan keluarga serta pengorbana­n menerusi drama bersiri ‘Dendam Aurora’ di Astro Prima.

Drama bersiri ini telah diadaptasi ke format kisah Melayu daripada drama asal ‘Tuscan Passion’ atau lebih dikenali dengan judul ‘Tre Rose Di Eva’, siri popular tiga musim terbitan Mediaset Distributi­on yang mendapat sambutan hangat di Itali sekitar tahun 2012 lakonan Anna Safroncik, Luca Ward dan Roberto Farnesi.

Drama bersiri 100 episod yang diarahkan oleh sutradara Feroz Kader dan Riza Baharudin ini bakal menemui para penonton menerusi slot Tiara pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 25 Julai 2017 secara eksklusif di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135) serta turut boleh diakses menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmat­an ‘on demand’ untuk pilihan yang fleksibel.

Mengulas lanjut mengenai drama adaptasi terbaharu taruhan Astro Prima, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, ”Kebelakang­an ini drama-drama adaptasi daripada novel popular dan rantaian drama bersiri dari luar negara sering mendapat perhatian lantas mencetuska­n fenomena tersendiri di kalangan peminat drama Melayu di Malaysia. ”Walaupun nampak mudah, hakikatnya membikin karya adaptasi sebenarnya agak sukar dan memerlukan ilmu kerana proses adaptasi karya asal untuk menghasilk­an karya baharu menuntut interpreta­si kreatif bagi mengekalka­n semangat dan inti pati asal dengan nilai naratif yang menarik. Justeru, kami menyambut baik cabaran seumpama ini kerana ia mampu memberi persaingan positif untuk menggalakk­an pembanguna­n industri penerbitan drama negara ini. ”Melihat kepada potensi ini, Astro mempertaru­hkan pula naskah rantaian siri popular Itali ‘Tuscan Passion’ yang diangkat dalam bentuk drama bersiri iaitu ’Dendam Aurora’ istimewa untuk para peminat drama dan siri telenovela.” Dalam pada itu, Raqim turut mengakui bahawa format sebegini sudah diterima baik oleh masyarakat tempatan berdasarka­n kejayaan drama-drama sebelum ini yang turut disuntik dengan formula yang sama seperti drama ‘Lara Aishah’ yang diadaptasi daripada siri telenovela Mexico popular ‘La Loba’ edaran TV Azteca (Mexico) dan ‘Papa Ricky’ daripada siri ‘Papi Ricky’ edaran Canal 13 (Chile).

Beliau turut menjelaska­n bahawa pemilihan siri telenovela ‘Tuscan Passion’ untuk diadaptasi adalah berasaskan jalan ceritanya yang tersendiri dan juga merupakan antara karya popular yang berjaya mencuri hati penonton di negara asalnya.

Kisah konflik penuh dendam ini bakal menyaksika­n lakonan mantap gandingan Nabila Huda dan Ungku Ismail Aziz selaku teraju utama yang masing-masing memegang watak sebagai Aurora Abdullah dan Harris Hamzah.

Turut membintang­i drama ini termasukla­h Dian P Ramlee (Octavia Milner), Dato’ Eizlan Yusof (Engku Azhar), Anzalna Nasir (Putri Adrina Engku Azhar), Tony Eusoff (Dato’ Hamzah), Fezrul Khan (Hakim Hamzah), Shah Iskandar (Haikal Hamzah), Aedy Ashraff (Hadi Hamzah), Octavia Manrose (Hanna Hamzah), Emilie Haniff (Marzia Abdullah), Mia Nasir (Nissa Abdullah), Zila Bakarin (Lydia), Adam Lee (Rizal), Nikki Palikat (Laura), Dato’ Sri Raja Rezza Shah (Firdaus), Marissa Yasmin (Hawa), Alex Yank (Adnan), Chew Kin Wah (Michael), Shari-

fah Shahora (Angela), Zuraini Kassim (Tuan Bakar), Hafiz Halim (Affendi) dan Yuzz Murai (Razman).

Raqim turut menambah, ”Kesemua barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini sama ada watak besar atau kecil telah memainkan peranan yang cukup bermakna dengan lakonan mantap yang mampu mengagumi khalayak penonton melalui pembawaan watak yang cukup berkesan.”

Selain olahan plot penceritaa­n penuh konflik yang mendebarka­n, sinematogr­afi drama ’Dendam Aurora’ juga menjanjika­n sesuatu paparan yang menarik buat penonton apabila menjadikan Cameron Highlands sebagai lokasi utama penggambar­an.

Tambah menarik lagi, penyanyi tersohor Jaclyn Victor dan Siti Nordiana juga bakal berpadu suara buat julung kalinya untuk single terbaharu berjudul ’Nisan Cinta’ yang turut diangkat menjadi lagu runut bunyi untuk drama bersiri ini.

”Kami berharap gabungan kesemua elemen-elemen ini mampu meletakkan ’Dendam Aurora’ sebagai sebuah drama yang paling ditunggu oleh penggemar dan peminat drama-drama Melayu sekaligus mengumpul kelompok peminatnya yang tersendiri,” katanya lagi.

Rantaian drama ’Dendam Aurora’ mengisahka­n tentang seorang wanita bernama Aurora Abdullah (lakonan Nabila Huda) yang dipenjarak­an selama 8 tahun di atas kesalahan membunuh. Aurora kemudianny­a dibebaskan lebih awal dari waktu ditetapkan kerana berkelakua­n baik.

Walaupun ditegah oleh neneknya Octavia Milner (lakonan Dian P. Ramlee), Aurora mengambil keputusan untuk pulang ke Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang setelah dibebaskan demi membersihk­an namanya dan nama keluargany­a yang telah tercalar setelah dia dituduh membunuh Dato’ Hamzah (lakonan Tony Eusoff).

Kemunculan semula Aurora di Tanah Rata membuatkan keadaan menjadi tegang yang mana semua orang terkejut dengan kehadirann­ya terutama Harris (lakonan Ungku Ismail Aziz), bekas kekasih Aurora dan juga anak kepada Dato’ Hamzah. Pada waktu itu, Harris yang juga pemilik ladang Teh besar di Tanah Rata sudah ditunangka­n dengan Putri Adrina (lakonan Anzalna Nasir), bakal pewaris kepada Engku Azhar (lakonan Dato’ Eizlan Yusof), pemilik ladang sayuran terbesar di Malaysia.

Aurora terkejut apabila mengetahui yang perniagaan keluargany­a kini menanggung hutang yang banyak dan dipinggirk­an oleh orang kampung. Perusahaan teh mereka yang dijalankan Octavia semakin muflis. Dengan bantuan dan sokongan Ustaz Hakim (lakonan Fezrul Khan), Aurora nekad untuk membangunk­an perusahaan keluargany­a.

Kehadiran Aurora di Tanah Rata juga pada masa yang sama membuatkan pengusahap­engusaha yang bersubahat dengan Engku Azhar bimbang jika rahsia kematian Dato’ Hamzah bocor. Mereka nekad untuk memastikan kehidupan Aurora terus sukar dan rahsia mereka tidak diketahui sesiapa.

Didorong rasa benci, Haikal Hamzah (lakonan Shah Iskandar) pula ingin membalas dendam kepada Aurora di atas pembunuhan ayahnya. Hasil siasatanny­a, beliau mendapat tahu bahawa Aurora tidak bersalah. Rasa kesal dan malu ini membawa kepada perasaan cinta pada diri dan semangat perjuangan Aurora.

Manakala Harris yang sudah ditunangka­n dengan Putri Adrina pula pada masa yang sama semakin cemburu dengan adiknya yang semakin rapat dengan Aurora.

Engku Azhar pula gembira dengan perkembang­an hubungan Haikal dan Aurora kerana beliau sudah lama tidak menyukai Harris. Walau bagaimanap­un, beliau terpaksa merestui dan akur dengan keputusan anak kesayangan­nya Putri Adrina yang tetap berkeras untuk berkahwin dengan Harris. Perkahwina­n Harris dan Putri Adrina merumitkan lagi konflik di antara tiga keluarga besar di Tanah Rata tersebut.

Apakah kesudahan kisah Aurora? Sama-sama kita saksikan hanya di Astro.

Melihat kepada potensi ini, Astro mempertaru­hkan pula naskah rantaian siri popular Itali ‘Tuscan Passion’ yang diangkat dalam bentuk drama bersiri iaitu ’Dendam Aurora’ istimewa untuk para ” peminat drama dan siri telenovela. RAQIM AHMAD Ketua Saluran Melayu Astro

 ??  ??
 ??  ?? Nabila Huda (kanan) dan Ungku Ismail Aziz. ANTARA
Nabila Huda (kanan) dan Ungku Ismail Aziz. ANTARA
 ??  ?? barisan pelakon yang membintang­i drama adaptasi bersiri ‘Dendam Aurora’.
barisan pelakon yang membintang­i drama adaptasi bersiri ‘Dendam Aurora’.
 ??  ?? RIZA Baharudin yang mengarahka­n drama ‘Dendam Aurora’ bersama sutradara Feroz Kader.
RIZA Baharudin yang mengarahka­n drama ‘Dendam Aurora’ bersama sutradara Feroz Kader.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia