Utusan Borneo (Sabah)

PM bakal umum inisiatif kebajikan golongan veteran askar

Kebajikan bagi golongan veteran askar hujung bulan ini

-

KULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bakal mengumumka­n inisiatif kebajikan bagi golongan veteran askar hujung bulan ini bagi menjamin kehidupan yang lebih selesa bagi mereka.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein berkata antara yang akan disentuh dalam pengumuman tersebut termasuk pencen, perubatan, skim perkhidmat­an serta veteran yang tidak berpencen.

“Ini semua buat permulaan, kita tak dapat penuhi semua. Dalam keadaan ekonomi tak menentu dan kekangan yang dihadapi, apa yang kita dapat umum ini syukur…harap dapat diterima baik.

“Ini sebagai permulaan, apabila ekonomi dah pulih nanti, lebih banyak yang kita dapat bantu,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan persidanga­n perwakilan UMNO Bahagian Kulai, di sini pada Sabtu.

Selain itu, beliau berkata inisiatif berkaitan perumahan golongan askar dan veteran juga akan diumum pada Ogos.

“Memang perumahan menjadi agenda utama Mindef (Kementeria­n Pertahanan). Kita ada lima teras dengan satu teras berhubung kait dengan kebajikan anggota dan veteran.

“Aset canggih tidak bermakna jika anggota dan keluarga dan veteran hidup dalam keadaan tidak selesa.

“Kebajikan agenda perumahan adalah sesuatu yang perlu ditangani,” kata Hishammudd­in.

Mengakui ramai anggota dan veteran tentera belum memiliki rumah, beliau berkata kementeria­nnya turut menyasarka­n agar setiap anggotanya memiliki sebuah rumah dalam usaha memastikan semua anggota memiliki rumah sendiri.

Bagi inisitif perumahan, terdapat dua skim yang ditawarkan iaitu pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera dan Rumah Mampu Milik, yang turut melibatkan kerjasama kerajaan negeri serta syarikat swasta.

Ketika ini, dua projek perumahan mampu milik bagi tentera berjaya dilaksanak­an iaitu di Mutiara Rini, Johor dan Kuala Lumpur manakala di Segari, Perak dalam peringkat pembinaan, katanya mengulas laporan berita mengenai kira-kira 300,000 penjawat awam yang tidak mempunyai rumah sendiri. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? HISHAMMUDD­IN (tengah) melambai tangan ketika tiba bagi merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO bahagian Kulai di Dewan Raya Bandar Putra, Kulai, pada Sabtu. Turut hadir Ketua Bahagian Umno Kulai Datuk Zainal Abidin Jidin.
GambarBern­ama HISHAMMUDD­IN (tengah) melambai tangan ketika tiba bagi merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO bahagian Kulai di Dewan Raya Bandar Putra, Kulai, pada Sabtu. Turut hadir Ketua Bahagian Umno Kulai Datuk Zainal Abidin Jidin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia