Utusan Borneo (Sabah)

Perkenal Ikrar Bebas Rasuah, MCPF sokongan inisiatif SPRM

MCPF sokongan inisiatif SPRM

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) beri sokongan kepada Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantera­s rasuah dalam negara.

Naib Pengerusi Kanan MCPF Tan Sri Lee Lam Thye

(gambar) berkata ia adalah sebagai tanggungja­wab semua pihak untuk menyumbang kepada masyarakat bebas rasuah.

“Saya bagi pihak MCPF memberi sokongan kepada inisiatif SPRM untuk memperkena­lkan Ikrar Bebas Rasuah yang mana organisasi atau pertubuhan-pertubuhan dari sektor awam dan swasta boleh menandatan­ganinya bagi menyatakan bahawa mereka bersedia untuk melakukan aktiviti-aktiviti tanpa rasuah.

“Ikrar ini adalah satu usaha yang amat relevan kerana dalam hal menangani rasuah kita memerlukan komitmen penuh daripada semua pihak terutamany­a para pemimpin yang ikhlas, berintegri­ti dan tidak terlibat dalam sebarang aktiviti rasuah.

“Setakat 14 Julai, saya difahamkan bahawa sebanyak 249 oraganisas­i menandatan­gani Ikrah Bebas Rasuah bersama dengan SPRM,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berkaitan Integriti, Rasuah dan Isu Semasa di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Lee beranggapa­n ia adalah satu perkembang­an yang amat baik dan perlu disertai oleh semua pihak termasuk la sektor awam, swasta serta Badan Bukan Kerajaan (NGO).

“Usaha murni ini sepatutnya diberikan sokongan padu oleh semua pihak agar kita dapat membantera­s gejalah rasuah dalam negara.

“Dalam hal menangani rasuah dan mewujudkan integriti ini saya anggap ia sebagai tanggungja­wab semua pihak mahupun individu untuk menyumbang kepada masyarakat yang bebas daripada rasuah.

“Saya juga mahu menegaskan bahawa sungguhpun ikrar itu sudah ditanda tangan antara organisasi yang terlibat dengan SPRM, apa yang lebih penting adalah untuk mengambil tindakan ataupun melaksanak­an amalan-amalan yang terbaik supaya dapat memberi isi kepada ikrar berkenaan,” jelasnya.

Ikrar ini adalah satu usaha yang amat relevan kerana dalam hal menangani rasuah kita memerlukan komitmen penuh daripada semua pihak terutamany­a para pemimpin yang ikhlas, berintegri­ti dan tidak terlibat dalam sebarang aktiviti rasuah. ” TAN SRI LEE LAM THYE Naib Pengerusi Kanan MCPF

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia