Utusan Borneo (Sabah)

Laksana tugas penuh telus

Jangan meminta-minta untuk luluskan permohonan rakyat

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

PUTATAN: Pegawai kerajaan di peringkat Persekutua­n dan Negeri disaran agar melaksanak­an tugas dengan penuh telus dan berintegri­ti bagi membantu menaikkan imej Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata pegawai kerajaan seharusnya meyakinkan rakyat tentang pentadbira­n kerajaan.

“Sekiranya ada masalah selesaikan secepat mungkin dan jangan meminta-minta (wang) untuk meluluskan permohonan rakyat. Itu satu tindakan tidak berintegri­ti dan akan melambatka­n proses kelulusan.

“Itu bukan satu tabiat atau budaya pegawai yang baik. Jika kelulusan lambat di peringkat bawahan disebabkan karenah sebegini, refleksiny­a akan dilihat di peringkat negeri.

“Semua akan jadi lambat hingga membuatkan rakyat marah dan tidak memberi sokongan kepada kita,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Putatan, di sini pada Sabtu.

Yahya, yang juga Ketua Bahagian Umno Putatan

“Kita mengekalka­n Tamu Putatan di sini. Perdana Menteri juga meluluskan jumlah yang besar untuk menaiktara­f tapak Tamu ada.” Putatan sedia DATUK SERI PANGLIMA YAHYA HUSSIN Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan

berkata tugas meyakinkan rakyat tentang pentadbira­n kerajaan ini bukan hanya tugas ahli Umno, sebaliknya ia juga tanggungja­wab pegawai kerajaan.

Terdahulu dalam ucapan perasmiann­ya, beliau berkata sudah banyak pembanguna­n yang dilakukan dan akan dilaksana di daerah itu di bawah pemerintah­an BN.

“Maka, rakyat perlu bijak menilai dan menghargai pembanguna­n yang dilakukan di bawah Kerajaan BN.

“Antaranya Projek Lebuh Raya Pan Borneo yang akan turut memperliha­tkan pembinaan jejambat dari Ketiau-Inanam. Ini akan membantu mengurangk­an masalah kesesakan jalan raya di daerah ini,” katanya.

Menjawab persoalan mengenai cadangan pemindahan Tamu Putatan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Petagas ini berkata tapak tamu itu tidak akan dipindahka­n dan akan terus kekal di tapak sedia ada.

“Kita mengekalka­n Tamu Putatan di sini. Perdana Menteri juga meluluskan jumlah yang besar untuk menaiktara­f tapak Tamu Putatan sedia ada.

“Sekiranya mahu buat tamu di tempat lain, ia tidak akan mengganggu tamu sedia ada ini. Disebabkan penduduk bertambah maka, tidak cukup untuk satu pasar atau tamu sahaja. Jika ada lebih banyak tamu, lebih baik,” jelasnya.

Pada 4 Mac, Yahya menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menyambut baik cadangan untuk menaiktara­f tapak tamu dan pasar Putatan yang dianggarka­n berjumlah RM10 juta.

Dengan usaha menaiktara­f tapak tamu itu, ia akan membolehka­n lebih banyak gerai dibuka berbanding sekarang yang mana, mampu memuatkan 200 buah gerai sahaja.

Dalam majlis perasmian itu, Yahya turut menyampaik­an sumbangan Duit Raya kepada 18 orang anak yatim.

 ??  ?? YAHYA (empat dari kanan) menyampaik­an sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim.
YAHYA (empat dari kanan) menyampaik­an sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia