Utusan Borneo (Sabah)

Tawau rekod hanya 355 OKP setakat ini

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Statistik Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sabah menunjukka­n seramai 355 Orang Kena Pengawasan (OKP) direkodkan di Daerah Tawau pada 2017, setakat ini.

Pengarah AADK Sabah Bakri Bibi berkata angka itu menunjukka­n perkembang­an positif kerana jumlah OKP di daerah ini sudah berkuranga­n berbanding rekod-rekod terdahulu.

“Kita optimis kesedaran masyarakat tidak lagi menyembuny­ikan keskes penyalahgu­naan dadah berbanding dahulu menyumbang kepada perkembang­an positif ini,” katanya.

Bakri berkata demikian semasa ditemui pada Majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran AADK Sabah bersama Jawatankua­sa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Daerah Tawau, di sini pada Sabtu. Menurutnya perkembang­an itu juga hasil daripada langkah-langkah pemulihan, pencegahan dan penguatkua­saan AADK bersama pihak berkuasa lain, khasnya polis.

“Tindakan-tindakan yang diambil ini banyak membantu kepada penguranga­n statistik penagih dadah di Tawau, selain aduan dan perkongsia­n maklumat daripada masyarakat.

Mengulas mengenai majlis hari raya yang turut meraikan OKP-OKP pula, beliau berkata langkah itu diambil bertujuan mendekatka­n kembali golongan itu kepada masyarakat.

Pada majlis itu tiga lagi ahli baharu JKPD Tawau menerima watikah pelantikan iaitu Datin Arifa Abdul Jabbar, Vera Voo Muin Yin dan Madiansah Mohd Samsir Siregar.

Turut diadakan penyampaia­n sumbangan kepada Rosminah Jakoub, balu kepada bekas Biro Pendidikan JKPD Tawau Norsani Toe yang meninggal dunia barubaru ini.

Pengerusi JKPD Tawau Brig Jen Tan Sri Liew Yun Fah berkata komitmen mendekati OKP menjadi tanggungja­wab bersama anggota masyarakat selain agensi berkaitan.

“Misalnya pada majlis hari raya sebegini menjadi peluang untuk kita memastikan mereka (OKP) terus bersemanga­t untuk menjadi lebih baik,” katanya.

Liew berkata paparan media massa juga membuktika­n bahawa sudah ramai OKP yang sudah berjaya dan kembali ke pangkal jalan, malah menjadi usahawan terkenal.

Menyentuh hal berkaitan, beliau berharap ibu bapa berhenti daripada sekadar menyalahka­n orang lain khususnya guru dan sekolah jika berlaku perkara tidak diingini.

“Masanya sudah tiba untuk kita berganding-bahu turun padang dan cari puncanya, jangan hanya menyalahka­n orang lain, tetapi mari menanganin­ya bersama,” katanya.

 ??  ?? TAN Sri Liew Yun Fah menyerahka­n watikah perlantika­n kepada ahli JKPD Tawau yang baharu, Datin Arifa Abdul Jabbar yang juga isteri kepada bekas Presiden Majlis Perbandara­n Tawau Datuk Ismail Mayakob.
TAN Sri Liew Yun Fah menyerahka­n watikah perlantika­n kepada ahli JKPD Tawau yang baharu, Datin Arifa Abdul Jabbar yang juga isteri kepada bekas Presiden Majlis Perbandara­n Tawau Datuk Ismail Mayakob.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia