Utusan Borneo (Sabah)

Jangan derhaka kepada parti

Peringatan Anifah kepada ahli Umno di semua peringkat

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

MEMBAKUT: Ahli Umno diingatkan supaya jangan menderhaka kepada parti dan pucuk pimpinan, sebaliknya berjuang bagi menjamin masa depan generasi akan datang.

Ketika memberi peringatan itu, Ketua Umno Bahagian Kimanis merangkap Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman mengajak ahli parti menghayati makna perjuangan parti yang sudah terbukti rekodnya selama ini.

Katanya komitmen dan semangat perjuangan perlu ada dalam diri setiap ahli parti bagi memikirkan kepentinga­n terbanyak bukan berjuang untuk kepentinga­n diri sendiri.

“Jangan jual maruah kita. Jangan menderhaka kepada parti dan pucuk pimpinan,” katanya berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian K imani s di B ong awan Golf and Country di sini, malam Jumaat.

Hadir sama Timbalan Ketua Bahagian Umno Kimanis Datuk Haji Mohd Arifin Arif, Naib Ketua Bahagian Umno Kimanis Datuk Mohamad Alamin, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kimanis Firdaus Anifah serta Ketua Pergerakan Puteri Umno Kimanis Saudah Sherzaman.

Anifah yang juga Menteri Luar berkata perbuatan menderhaka kepada parti seperti dilakukan segelintir pemimpin Umno dahulu yang kini menubuhkan parti sendiri adalah sesuatu yang mengecewak­an.

Sambil berharap perbuatan sedemikian dijadikan iktibar beliau berkata Umno adalah parti yang sudah terbukti membawa kemakmuran dan kemajuan kepada rakyat dan negara.

Katanya mereka yang dulu berada dalam parti dan kini menghentam parti, merupakan golongan yang hanya mementingk­an diri mereka sendiri.

“Apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajati, maka mereka mengecam

“Komitmen dan semangat perjuangan perlu ada dalam diri setiap ahli parti bagi memikirkan kepentinga­n terbanyak bukan berjuang untuk kepentinga­n diri sendiri. ” DATUK SERI ANIFAH AMAN Ketua Umno Bahagian Kimanis

Umno dengan pelbagai tuduhan,” katanya, sambil menekankan pentingnya ketaatseti­aan setiap ahli yang ikhlas dalam perjuangan.

Beliau turut menyatakan betapa bersyukur rakyat negara ini yang dilimpahka­n kemakmuran berbanding beberapa negara lain.

Katanya sebagai menteri luar, beliau melawat ke beberapa buah negara maju dan mundur, dan melihat betapa Malaysia jauh lebih baik berbanding kebanyakan negara.

Oleh itu katanya setiap rakyat perlu bersama-sama kerajaan demi memastikan setiap agenda pembanguna­n kerajaan dapat dijayakan serta dilaksanak­an.

 ??  ?? FIRDAUS (dua kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Anifah (tengah) sempena majlis itu.
FIRDAUS (dua kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Anifah (tengah) sempena majlis itu.
 ??  ?? ANIFAH sedang meneliti beberapa kertas kerja sempena mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kimanis.
ANIFAH sedang meneliti beberapa kertas kerja sempena mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kimanis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia