Utusan Borneo (Sabah)

KAKK akan bangunkan Pusat Katolik baharu

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Keuskupan Agung Kota Kinabalu (KAKK) akan membina sebuah Pusat Katolik baharu yang terletak bersebelah­an dengan Katedral Sacred Heart.

Penasihat Jawatankua­sa Pemandu Projek Pembinaan Pusat Katolik baharu, Fr Cosmas Lee berkata, projek pembinaan itu melibatkan kos berjumlah RM9.6 juta.

“Acara pecah tanah akan dilaksanak­an pada hujung tahun ini sekiranya segala permintaan untuk mendapatka­n bantuan dana berjalan lancar.

“Kita akan cuba meminta peruntukan daripada Ketua Menteri dan juga Perdana Menteri, kita juga akan mendapat dana itu daripada ahli kita,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pusat Katolik Baharu, di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata, tapak projek itu terletak dibekas tapak Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Shan Tao yang kini telah berpindah ke Kepayan.

Katanya Pusat Keuskupan Katolik (PPK) yang kini terletak di Taman Hiburan Penampang dibina 30 tahun dahulu mempunyai blok yang semakin usang.

“Pusat yang ada kini mempunyai dua blok yang mana blok kedua sudah Diisytihar­kan tidak selamat untuk diduduki kerana mempunyai retakan di bahagian dinding dan lantai pada tingkat satu bangunan itu.

“Saya yakin dengan tapak baharu yang berkeluasa­n 1.17 ekar ini, ia mampu mewujudkan satu pusat yang lebih moden dan maju,” katanya.

Menurutnya keperluan pembinaan pusat baharu itu turut bagi menambah baik pentadbira­n pastoral yang besar dan diintegras­ikan dengan lebih baik dibawah satu bumbung.

Katanya projek pembinaan itu melibatkan dua blok pejabat yang terdiri daripada dua tingkat dan tiga tingkat.

“Blok pertama dua tingkat itu akan dilengkapi dengan bilik mesyuarat, arkib dan galeri. Manakala blok kedua tiga tingkat termasukla­h pejabat uskup agung, sebuah chapel, beberapa bilik mesyuarat dan pejabat Katolik Sabah serta kemudahan lain,” katanya.

Katanya jika segala perancanga­n berjalan dengan lancar, projek itu akan disiapkan dalam tempoh dua tahun.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Duta Besar Malaysia di Vatican Tan Sri Bernard Dompok, Ketua Keuskupan Agung Kota Kinabalu, Uskup Agung Datuk John Wong serta tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? DOMPOK menerima prospectus dan risalah daripada John (dua kiri) sambil disaksikan Cosmas (kanan).
DOMPOK menerima prospectus dan risalah daripada John (dua kiri) sambil disaksikan Cosmas (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia