Utusan Borneo (Sabah)

China dikesan intip latihan bersama tentera Australia, AS, NZ

-

CANBERRA:

Sebuah kapal pengintip China telah dikesan di luar pantai Australia berhampira­n kawasan latihan perang bersama yang dijalankan di antara pasukan tentera Amerika Syarikat (AS), New Zealand (NZ) dan Australia, menurut Australian Defence Force (ADF) semalam.

Kapal pengintipa­n umum tambahan kelas Type 815 Dongdiao milik Tentera Laut Pembebasan Rakyat China itu beroperasi di luar pantai timur laut semasa latihan perang besar-besaran yang dinamakan Talisman Sabre, menurut ADF dalam satu kenyataan rasmi kepada media.

Meskipun berada di luar perairan Australia, kapal tersebut sudah memasuki Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Australia di Laut Karang, menurutnya.

“Kehadiran kapal tersebut tidak mengurangk­an objektif latihan.

“Australia menghormat­i hak bagi semua negara untuk mengamalka­n kebebasan belayar di perairan antarabang­sa sejajar dengan undang-undang antarabang­sa,” jelas kenyataan tersebut.

Lebih 30,00 anggota tentera dari AS, NZ dan Australia telah mengambil bahagian dalam latihan perang dua tahun sekali yang bakal berakhir pada lewat Julai.

Kehadiran tentera yang bertambah di China, terutama di kawasan perebutan Laut China Selatan, telah menimbulka­n ketegangan dengan negara jiran wilayah serta mendapat kritikan AS dan Australia.

Brunei, Malaysia, Filipina, Vietnam dan Taiwan turut mempunyai tuntutan di Laut China Selatan yang merupakan antara laluan utama perniagaan melibatkan perkapalan yang membabitka­n dagangan AS$5 trilion setahun. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia