Utusan Borneo (Sabah)

Protes Trump, Spicer mengejut berundur

Setiausaha Akhbar Rumah Putih terbabit kecewa tidak dilantik pengarah komunikasi

-

“Saya berasa bertuah dapat berkhidmat selama ini dan akan terus ” berkhidmat sehingga Ogos. SEAN SPICER Setiausaha Akhbar Rumah Putih

WASHINGTON: Setiausaha Akhbar Rumah Putih Sean Spicer tiba-tiba meletak jawatan kelmarin tanda protes terhadap rombakan besar-besaran pentadbira­n dicemari skandal Donald Trump, tatkala tekanan memuncak daripada siasatan yang semakin meluas ke atas hubungan kempen Trump dengan Rusia.

Spicer meletak jawatan selepas Trump menamakan Anthony Scaramucci, pegawai kewangan Wall Street dan bekas pengkritik, sebagai pengarah komunikasi baharu Rumah Putih, satu peranan yang diidamkan Spicer.

“Saya berasa bertuah dapat berkhidmat selama ini dan akan terus berkhidmat sehingga Ogos,” menurutnya dalam Twitter.

Dalam kenyataan bertulis, Trump berkata, beliau berterima kasih atas khidmat Spicer dan memuji ‘penarafan tingginya di televisyen’, merujuk kepada taklimat media Spicer yang menarik perhatian, sengit dan kerap menjadi bahan satira.

Spicer digantikan oleh timbalanny­a Sarah Huckabee Sanders.

Dalam temu bual dengan Fox News, Spicer mendakwa berundur agar tidak ‘terlalu ramai tukang masak di dapur’ bagi menyampaik­an mesej Trump.

Trump menggunaka­n peluang tersebut untuk membidas media, mendakwa pentadbira­nnya telah mencapai banyak kemajuan tetapi kurang didendang.

Pengundura­n Spicer menandakan peningkata­n ketegangan dalam pentadbira­n yang menyaksika­n agenda perundanga­nnya merosot ekoran siasatan berhubung dakwaan pakatan dengan Rusia.

The Washington Post melaporkan lewat kelmarin bahawa Peguam Negara Jeff Sessions, berlainan dengan kenyataann­ya sebelum ini, membincang­kan perihal polisi dan kempen dengan duta Rusia ke Washington, memetik pintasan perisikan.

Dan dalam satu lagi tamparan, Mark Corallo yang menyelaras respons awam pasukan perundanga­n Trump terhadap krisis Rusia, turut meletak jawatan.

Selepas penafian berbulanbu­lan, Rumah Putih baru-baru ini dikejutkan e-mel yang menunjukka­n anak sulung Trump dan dua pembantu kanan bertemu seorang peguam Rusia atas kepercayaa­n bahawa mereka akan mendapat maklumat memalukan Hillary Clinton, pesaing hartawan Republikan itu dalam kempen pilihan raya 2016.

Sebagai respons, pembantu Trump telah membangkit­kan idea pengampuna­n awal presiden dan Trump sendiri memberi amaran kepada penyiasat untuk tidak meneliti butiran kewangan keluargany­a.

Keputusan Spicer nampaknya dibuat mendadak apabila tiada sebarang petanda disedari ketika mereka minum bersama sekumpulan wartawan malam sebelumnya.

“Saya tidak menyesal berundur,” katanya kepada Fox lewat kelmarin.

Beliau bagaimanap­un membidas keras media Amerika Syarikat (AS) dengan mendakwa mereka taksub dengan Rusia selepas perisikan AS menyatakan Moscow campur tanagn dalam pilihan raya presiden AS yang membolehka­n Trump menang.

Spicer adalah sekutu rapat ketua staf Reince Priebus, justeru pengundura­nnya dilihat mampu melemahkan Priebus dan hubungan di antara Rumah Putih dan Parti Republikan.

Dalam temu bual meluas dengan The New York Times awal minggu ini, Trump mencetuska­n krisis baharu apabila menyerang peguam khas Robert Mueller dan memberi amaran agar beliau tidak menyiasat kewangan keluargany­a.

Mueller sedang meneliti sama ada Trump atau pembantuny­a bersekongk­ol dengan Rusia, dan tatkala siasatan menjangka aspek transaksi kwangan, media AS melaporkan sekutu Trump mencari cara untuk mero-sakkan siasatan Mueller.

Trump sendiri mencadangk­an Mueller, bekas pengarah FBI yang disegani ramai, mungkin mempunyai konflik kepentinga­n.

Rumah Putih sama sekali enggan menolak kemungkina­n Trump mungkin memecat Mueller meskipun ia akan mencetuska­n kekecohan politik atau krisis perlembaga­an.

“Trump tidak boleh menentukan atau menyekat siasatan Mueller.

“Jika beliau cuba berbuat begitu, ia akan mencetuska­n isu perlembaga­an dan dimensei jenayah,” kata bekas peguam negara Eric Holder.

Trump sendiri sudahpun memecat pengarah FBI lantikanny­a James Comey berhubung siasatan skandal Rusia. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? GAMBAR fail 8 Mei lalu menunjukka­n Spicer mengadakan taklimat media di Rumah Putih di Washington.
— Gambar Reuters GAMBAR fail 8 Mei lalu menunjukka­n Spicer mengadakan taklimat media di Rumah Putih di Washington.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia